Assalamualaikum semua, masa utk menceceh hehe..
Dalam sesebuah majlis, masa akan berlalu begitu pantas. Kepantasannya kadang2 membuatkan sesuatu majlis itu huru-hara. Juga dalam sesuatu majlis apa yang dirancang biasanya tak berlaku yg tak dirancang pulak yang berlaku. Kenapa ia berlaku.??
Melalui pengalaman saya yg tak seberapa ini, ada keluarga atau pengantin kurang bijak menguruskan sesuatu majlis, terutamanya kepada mereka yang pertama kali menganjurkannya. Untuk pengetahuan bakal-bakal pengantin semua, secara lazimnya setiap majlis mempunyai aturcaranya yg lebih kurang sama, bergantung kepada keluarga atau tempat sesuatu majlis itu berlangsung. Kalau dewan atau hotel biasanya aturcaranya lebih ringkas berbanding majlis di rumah yg tiada had waktu.
Jadi penting bagi keluarga dan pengantin utk tahu apa aturcara yg akan berlangsung supaya dapat mengelakkan kecelaruan dan kekeliruan semasa majlis. Di sini saya akan menyenaraikan aturcara-aturcara biasa yang berlangsung dalam setiap majlis Melayu bermula dari nikah sehingga bersanding. Dan seperti yg telah dikatakan, aturcara ini tidak semestinya tepat tetapi secara lazimnya adalah sama.
Sebaiknya bagi Pengantin dan Photog berbincang bersama tentang aturcara majlis ini sebelum majlis bermula.
- Hari Nikah -
1.Ketibaan Pengantin
2.Pemeriksaan borang-borang dan tandatangan bersama Tok Kadi
3.Tazkirah
4.Akad Nikah
5.Tandatangan borang
6.Doa
7.Penyerahan Mas Kahwin / Duit Hantaran
8.Batal air sembahyang – sarung cincin / gelang / rantai
9.Cium tangan dan dahi
10.Group Photo
11.Posing Indoor / Outdoor
- Hari Bersanding -
1.Make up
2.Posing make-up
3.Berarak
4.Bersanding
5.Tepung tawar / merenjis
6.Group photo
7.Makan beradab
8.Potong kek
9.Aktiviti bebas
10.Group photo
11.Posing pelamin / katil
12.Outdoor
Secara ringkasnya inilah aturcara majlis perkahwinan utk org melayu. Jika anda faham dan hafal aturcara ini saya pasti majlis anda akan berjalan lancar. Photog juga dapat menjalankan kerjanya dengan baik, dan majlis yang berlangsung sempurna dapat menjimatkan masa, sekiranya masa diambil terlalu lama dan meleret-leret ia akan memberi kesan terutamanya kepada pasangan pengantin dan orang lain. Biasalah bila dah penat, senyum pun keras je
Manusia merancang tuhan yg menentukankan, yg membuatkan kita gagal apabila kita gagal merancang. So rancang aturcara anda, sediakan apa yg perlu dan tidak perlu, dan semoga majlis anda akan berjalan dengan begitu meriah sekali. InsyaAllah..
Sekian dari saya buat masa ini, jumpa lagi nanti.. LOL LOL
Happy Wedding with Zizei
Url rasmi : <a href=”
http://www.zizeiazli.com/
” target=”_blank”>http://www.zizeiazli.com/</a>
Laman blog rasmi : <a href=”
http://photogpicisan.wordpress.com/
” target=”_blank”>http://photogpicisan.wordpress.com</a>
Koleksi gambar @ Flickr: <a href=”
http://flickr.com/photos/caplez/sets
” target=”_blank”>http://flickr.com/photos/caplez/sets</a>
Email/YM/FB : <a href=”mailto:caplez@yahoo.com”>caplez@yahoo.com</a>
Call/Sms : 019 – 233 9291
[...] sebelum ini saya pernah berkongsi mengenai aturcara majlis perkahwinan melayu (klik sini), kini saya berikan contoh pula bagaimana aturcara majlis yang lengkap yang dibuat sendiri oleh [...]