Contoh Aturcara Majlis Perkahwinan – Zizei Photography

Assalamualaikum.

Kalau sebelum ini saya pernah berkongsi mengenai aturcara majlis perkahwinan melayu (klik sini), kini saya berikan contoh pula bagaimana aturcara majlis yang lengkap yang dibuat sendiri oleh seorang dari bakal pengantin saya yang akan melangsungkan perkahwinannya akan datang ini.

Satu contoh yang baik untuk dijadikan rujukan oleh mana-mana bakal pengantin yang akan melangsungkan majlis perkahwinan. Sekurang-kurangnya semua orang terutamanya keluarga dan mereka yang bekerja (photographer/videographer/mc/ atau siapa saja) boleh membayangkan perjalanan majlis tersebut dan pastinya segala perancangan boleh dibuat sebelum majlis berlangsung.

Biasanya di dalam hiruk pikuk majlis perkahwinan kadang-kadang ada saja perkara yang tertinggal atau terlupa. Jadi dengan aturacara majlis sebegini pasti ianya akan berjalas teratur dan lancar. InsyaAllah.

Sekiranya majlis anda berlangsung majlis pada siang hari, kebiasaannya ianya akan berlangsung dari pukul 12 sehingga 4 atau 5 petang. Banyak perkara boleh dilakukan dalam masa 4 atau 5 jam ini. Percayalah sekiranya anda tidak merancang masa perjalanan majlis ini pastinya anda akan mengambil masa yang lebih dari apa yang sepatutnya. Dan kebiasaannya juga caj tambahan akan dikenakan terhadap anda.

Berikut contoh aturcara majlis -

Rancang perjalanan majlis perkahwinan anda. Anda saja tahu apa yang anda inginkan semasa majlis anda berlangsung. Bincang dengan pasangan dan ahli keluarga. Dan paling penting – enjoy semasa majlis anda berlangsung. Majlis yang sebegitu gah sekali pun kalau pengantinnya suram pun tak jadi juga :)

All the best untuk semua bakal pengantin.

Happy Wedding with Zizei
Url rasmi : http://www.zizeiazli.com/
Laman blog rasmi : http://photogpicisan.wordpress.com
Koleksi gambar @ Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Email/YM/FB : caplez@yahoo.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

About these ads
Tagged ,

7 thoughts on “Contoh Aturcara Majlis Perkahwinan – Zizei Photography

  1. Acaii says:

    Salam ramadhan zei..:)
    Camne ramadhan ko tahun ni? moga semuanya baik2 je ye. TErima kasih atas perkongsian tu zei..memang betul kena ada perancangan majlis. Supaya tak kelam kabut dan menyusahkan orang lain,hehe..

  2. myklikers says:

    aturcara majlis ni disediakan pihak pengantin kan?

  3. fana says:

    salam boleh tak nak dapatkan quo utk pre wedding.tq

    Zizei reply : fana, dah hantar quotation dekat email u. pls check. thanks

  4. azie says:

    zizei nak tanya kalau kita mengadakan hari nikah dan sanding pada hari yang sama pada hari jumaat bagaimana pula ya nak aturkan majlis menjadi sempurna?

  5. Zizei says:

    azie : biasanya kalau majlis yg berlangsung sehari – majlis nikah boleh dibuat seawal 9pagi dan selesai dalam 11pagi (kurang lebih). Dan majlis persandingan seperti biasa boleh dibuat selepas Zohor. Itu hari biasa, tapi hari Jumaat, mungkin boleh dilambatkan sedikit waktu persandingan itu ke pukul 2 lebih. Segalanya bergantung kpd keadaan. Sekadar pendapat dan harap membantu.. :D

    zz

  6. Lily says:

    Bole x u bantu i utk majlis perkahwinan my bro..majlis mula pkl 12pm-5pm..tp ade acara selingan cth:tarian bhagra sbb famili keturunan pakistan..tarian minang pon ade jugak..bole x suggest event flow utk i..plzzz..

  7. aulaiyah hj abdullah says:

    Saya nak tahu berapa harga pakej photographer

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: