https://photogpicisan.wordpress.com – sebuah blog dari seorang photographer picisan

Selamat datang ke https://photogpicisan.wordpress.com – sebuah blog peribadi Zizei Photography yang merakamkan pelbagai kisah dari kaca mata seorang photog picisan.

Selepas hampir 3 tahun bergelumang di http://caplez.fotopages.com/ terlalu banyak benda yang saya belajar. Hanya dari niat suka2 sehinggalah saya serius di dalam dunia fotografi ini. Sememangnya semuanya bermula dari fotopages, kawan dan pengalaman semuanya dari sana.

Dengan jujurnya berat hati utk melangkah pergi (cewah) tapi dah sampai masa utk saya melangkah setapak lagi. Semoga rezeki saya disini lebih murah. InsyaAllah

Tahun 2008 meninggalkan kesan yang cukup mendalam bagi saya. Sangat terlalu banyak yang berlaku pada tahun lepas yang memberi kesan kepada kehidupan saya. Alhamdulillah rezeki utk tahun lepas juga sangat murah. Terima kasih Allah.

Sebagai seorang jurugambar perkahwinan, ia telah membawa saya jauh ke pelusuk Malaysia semata2 utk merealisasikan impian pengantin. Terima kasih kepada semua bekas pengantin yang sanggup membawa saya kemana saja, dekat atau jauh, sesungguhnya setiap satu dari anda semua telah memberi saya banyak pengalaman baru.

Dan paling penting di sini ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Fiza dan Aina yang cuba memahami kegilaan saya dalam dunia fotografi ini. Mereka adalah sumber inspirasi saya buat selamanya.

2009 menjanjikan usaha yang berterusan untuk menaikkan martabat fotografi perkahwinan di Malaysia agar setanding dengan dunia luar. Semoga kita semua berjaya.

Yang belum membuat tempahan, layari website ini seadanya, sekiranya anda berminat dengan sentuhan ini, boleh terus hubungi saya. Sesuatu yg unik akan cuba dihasilkan untuk setiap majlis perkahwinan anda haha..

Happy Wedding with
Zizei Photography
www.zizeiazli.com
caplez@yahoo.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: