Baju vs Gambar

Assalamualaikum..

Ntah apahal lak hari ni, rasa rajin sangat lak nak menulis. Saya nak bawak semua berfikir tentang pentingnya gambar perkahwinan. Saya tidaklah sepandai mana, tapi pengalaman dalam dua tahun menjadi Official Photographer utk beberapa pasang pengantin rasanya bole dijadikan tips utk bakal pengantin yg terbaca tulisan saya ni. Cuba fikir sejenak, agaknya apa kepentingan sekeping gambar..?? (1 minit fikir)

Saya seru utk semua bakal pengantin, kalau bole jgnla letak fotografi dalam senarai terakhir persediaan perkahwinan anda. Anda mungkin sebok mencari Mak Andam yg bagus² utk mendapatkan make up dan baju yang cantik² tapi anda terlupa make up dan baju yg anda pakai utk satu hari itu akan berakhir begitu sahaja. Dan tanpa gambar ianya akan terus menjadi kenang²an dan bualan semate². So apa nak buat.? Itulah gunanya photografer. Mereka akan bertungkus lumus merakam semua detik² indah bersejarah anda yg bole disimpan seumur hidup. Make up dan baju yg cantik tadi akan lebih bermakna dengan setiap keping gambar yg dilihat.

Saya pernah bersama beberapa pengantin yg tidak kenal fotografernya. Semuanya diserahkan bulat² kepada Mak Andam. Malah ada pengantin yg setiap eventnya (Nikah/Berinai/Sanding) di “cover” oleh fotografer yg berlainan. HHmm…  :-O

Setiap bakal pengantin wajib mengenali siapa Fotografernya. Komunikasi antara bakal pengantin dan Photog penting, kerana keakraban bersama bakal menghasilkan gambar yg menarik. Anda juga disarankan bertanya atau berhubung rapat utk setiap event yg akan dijalankan. Tanya Photog anda, apa yg perlu, yg baik, yg tidak perlu, bagaimana, utk mendapat suasana atau situasi yg baik.

Permainan masa sebenarnya sangat memainkan peranan. Pengalaman saya, hanya sususan masa yg cekap saja biasanya mendapat kepuasan utk kedua² belah pihak, cth : kalau janji nikah lepas Isyak tapi pengantin sampai pukul 10 malam, bukankah ianya akan meninggal mood tak best utk mereka yg menunggu.

Bukan mudah utk merancang sesebuah perkahwinan, tapi sekiranya anda berjaya merancang sesebuah perkahwinan walaupun sesimple yg mungkin, anda akan kenang usaha itu selamanya. Percayalah..  :-D 😀

ok cukup sampai sini, nanti bila rajin kite cerita lagi. 😀

Happy Wedding with Zizei

Url rasmi : http://www.zizeiazli.com/

Laman blog rasmi : https://photogpicisan.wordpress.com

Koleksi gambar @ Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets

Koleksi gambar @ Fotopages : http://caplez.fotopages.com

Email/YM : caplez@yahoo.com

Call/Sms : 019 – 233 9291

6 thoughts on “Baju vs Gambar

  1. Mike says:

    Just passing by.Btw, you website have great content!

    _________________________________
    Making Money $150 An Hour

  2. acai says:

    Slm zizei,
    aku memang setuju sepenuhnya tulisan ko nih..jarang dapat ko menulis nih,hahah..aritu member aku lagi teruk, langsung takde photographer..dia ckp cukup guna gambar camera compact sedara2 dia amik,huhuhu..aku bagi pakej basicpun dia taknak..

    Pastu dah abis kahwin baru cakap menyesal sebab gambar2 sedara dia amik gegar lah, gelaplah, print tak cantiklah..pastu nak lah gambar beberapa keping aku amik masa datang majlis tu,hehe..pastu dia cakap nape gamabr ko terang semua,hahaha…

    entahlah, aku rasa budaya kita kot zei..:) sama2 kita cuba ubah,chaiyok2!!

  3. Madi says:

    we have to educate our customer… biar deme jd pengantin bijak…

  4. Zizei says:

    madi : same2 lah kite🙂

    acaii : sememangnya kesedaran masyarakat kita terhadap sekeping gambar itu masih kurang. tapi sedikit demi sedikit telah berkembang dan makin ramai pengantin sekarang sudah cerewet utk dapatkan gambar yg baik. bagus.

    mereka mempunyai hak itu memilih siapa jenis photog mereka, mahal ke murah ke cantik ke international ke apa pun lah itu hak pengantin itu tersendiri, tanggungjawab dan hak mereka itu memilih.

    setelah anda tunaikan tanggungjawab anda, biarkan photog itu pula melakukan tugas mereka sebaik mungkin.

    yeahhh…🙂

  5. jamila says:

    Nice! iklakan di http://www.kahwinmall.com servis u ni… free tau iklankan kat situ.. bakal2 pengantin banyak masuk portal tu untuk cari photographer…🙂

  6. farid says:

    SALAM dari NFL BRIDAL GALLERY, JB

    NFL BRIDAL GALLERY
    LARKIN PERDANA, JB
    (019) 760 6855

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: