Nurul Afzan & Mohamed Afzan | Endau Johor

Pengantin : Nurul Afzan & Mohamed Afzan
Tarikh : 21 Nov 2009
Lokasi : Endau Johor

Banyak perbezaan tugasan kali ini dengan tugas-tugasan sebelum ini. Kalau sebelum ini saya di Lembah Klang, adat perkahwinan melayunya lebih kurang sama tapi di Johor memang tak sama, tapi saya suka. Upacara pernikahannya lebih lama dan lebih detail. Paling saya suka ketika pengantin dan kaum keluarga membaca amanat penyerahan tugas dan tanggungjawab. Kalau dapat simpan satu copy untuk pengantin saya rasa bagus hehe.

Di sini juga pertama kalinya saya lihat adat yg paling popular di Johor iaitu Tol. Siap sedialah kepada mereka yang akan memper”isteri”kan orang Johor tu untuk menyiapkan duit-duit tol ni, “touch and go” tidak diterima ye haha. Yang paling penting mak andam kena bagi lebih😛

Sepanjang berada di Endau, berada di pekan “cow boy” memang menerujakan. Kalau kat KL kedai runcit ada jual semua dan segalanya tapi tidak di sini. Nak beli susu baby kena beli kat kedai ubat, tak dijual di kedai runcit . Beli pampers baby pun boleh beli sikit-sikit tak perlu beli satu pek besar. Kat sana tak penggil pet-pet tapi dipanggil pret-pet hahaha.

Terima kasih buat En Afzan dan Pn Afzan kerana sanggup membawa saya sejauh ini. Tak tau nak gambarkan macammana tapi saya suka Endau hehe. Selamat pengantin baru untuk korang berdua.

Jom layanzz…

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selepas 2 malam di Endau saya meneruskan perjalanan ke Johor Bahru. Tunggu aksi-aksi Aina di JB heha..

Koleksi penuh mereka di sini.

Happy Wedding with Zizei

Url rasmi : http://www.zizeiazli.com/
Laman blog rasmi : https://photogpicisan.wordpress.com
Koleksi gambar @ Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Email/YM/FB : caplez@yahoo.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

Tagged , , ,

3 thoughts on “Nurul Afzan & Mohamed Afzan | Endau Johor

  1. cikpingu says:

    nme pngantin sme… pic cun laaa

  2. Acaii says:

    Waaaaa, memang terbaiklah zei..:) sejak ada tele ni gmabar ko dah makin mantaplah,hehe..pengantin nampak ceria dan heppy je🙂 aku suka gambar last tu zei..:) good job!!

  3. […] sebelum ni saya pernah dapat pengantin yang nama sama iaitu Afzan dan Afzan. Tapi kali ni kedua-dua nama pengantin hampir sama dengan saya – Azi, Azizi dan Zizei. Itu […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: