Teaser Najib & Syikin & Selamat Tinggal 2009

Assalamualaikum.

Pengantin : Najib & Syikin
Tarikh : 25, 26 & 27 Dis 2009
Lokasi : Cheras & Klang
Assistant Photog : Amer

 
 
 
 
 
 
 
 

Nantikan entri penuh untuk pasangan ini. Ketua Pemuda Masjid dan gadis iras Maria Arshad🙂

Tahun 2009 melabuhkan tirainya beberapa jam sahaja lagi. Tugasan untuk 2009 juga telah berakhir dengan jayanya. Cukup 4 minggu bertugas tanpa henti untuk setiap minggu bagi edisi hujung tahun 2009 ini. Terima kasih kepada semua yang bersama saya untuk 4 minggu penuh mencabar ini, terutama kepada pengantin dan keluarganya.

2009 adalah tahun kegembiraan bagi saya. Terlalu banyak yang manis-manis berlaku pada tahun ini, sebagai seorang “cameraman kenduri kahwin” mahupun sebagai seorang lelaki bergelar Suami dan Papa. 2009 yang hebat bagi saya, Alhamdulillah.

Sebagai “cameraman kenduri kahwin” (panggilan yang selalu saya dapat dari pakcik dan makcik setiap kali ke tugasan majlis) perkara yang paling istimewa yang benar-benar memberi kesan kepada saya bila diberi kepercayaan. Kepercayaan besar bila ramai pengantin yang menempah berbulan-bulan lamanya. Dan alhamdulillah seawal bulan Nov 2009 lagi, semua slot untuk bukan Feb dan Mac telah dipenuhi dan dua slot untuk bulan Nov telah ditempah. Terima kasih banyak. InsyaAllah saya cuba membalas semua kepercayaan yang telah diberikan.

Sebagai seorang photographer sambilan, kalau dulu target saya dalam sebulan sekadar memerlukan satu atau dua tugasan sahaja, kini setelah hampir 4 tahun dalam industri ini saya akur dengan ketentuan yang saya perlukan rehat untuk satu slot setiap bulan. Penting bagi saya sebab bila badan dah terlalu penat, konsentrasi mudah hilang.

Perkahwinan penuh dengan kegembiraan. Cabaran meng”Happy Wedding” sesuatu majlis itu sebenarnya sukar. Tapi ketahuilah kesukaran itulah benar-benar menyeronokkan saya. Setiap minggu saya akan jumpa macam-macam ragam pengantin dan keluarga. Dalam beberapa jam itulah saya cuba mengenali dan mengkaji pelbagai karekter mereka untuk mendapatkan suasana gembira tersebut.

Cita-cita saya hanya satu. Bergembira ketika hari majlis dan yang paling penting bergembira ketika mendapat dan membuka helaian pertama album. Sukar menjanjikan yang tercantik, tapi saya sebaik mungkin dan berusaha berungguh-sungguh menjanjikan yang terbaik. Sejujurnya terlalu banyak persamaan untuk setiap tugasan. Dari persamaan itu hanya mungkin 20% kelainan yang membezakan antara setiap tugasan dengan tugasan yang lain. Jadi tugas saya untuk memerah idea dan tugas anda (pengantin) untuk memberi sepenuh komitmen. Kalau anda cerewet ketahuilan saya 3 kali ganda lebih cerewet dari anda.

Kesempatan disini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Isteri tercinta yang sangat memahami minat dan tanggungjawab saya sebagai seorang Suami dan Bapa. Kadangkala sedih bila terpaksa meninggalkan isteri dan anak setiap hujung minggu. Terima kasih ayang, sayang awak selalu.

2009 memang mengembirakan saya sebagai seorang Papa. Seronok bila tengok anak yang dulunya kecil kini semakin membesar. Kini saya dah boleh berborak dengan Aina. Saya masih ingat satu ketika masa nak pergi kerja untuk tugasan, ketika itu Aina memegang saya dan berkata “elok-elok ye”. Bayangkan budak 2 tahun berkata begitu apa anda rasa..??

Akhir sekali, terima kasih buat semua pengantin yang pernah bersama saya. Saya mendoakan kebahagiannya anda selamanya. Seronok bila dengar ramai kalangan pengantin saya dulu kini sudah berkeluarga. Tahniah. Terima kasih kerana memberi ruang kepercayaan kepada saya. Pohon maaf sekiranya terdapat apa saja yang kekurangan atau terlebih ketika saya bersama ketika majlis anda dulu. Terima kasih juga buat kawan-kawan yang mengenali jauh dan dekat – korang semua inspirasi sanubariku.

Jangan lupa jumpa saya di Facebook. Tak kenal maka tak cinta, kenal dan cintailah gambar-gambar saya, kerana itu saja yang saya dambakan hahaha.

Oh ye hari ni 31/12 adalah hari ulangtahun pernikahan saya. Dan esok 1 Jan genap 4 tahun saya saya bergelar suami. Doakan kebahagian perkahwinan kami ye. Ya saya dah kahwin. Tiada lagi kekosongan haha.

Salam tahun baru dari Zizei Photography dan terima kasih kerana membaca🙂

Happy Wedding with Zizei
Url rasmi : http://www.zizeiazli.com/
Laman blog rasmi : https://photogpicisan.wordpress.com
Koleksi gambar @ Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Email/YM/FB : caplez@yahoo.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

Tagged , , , , ,

3 thoughts on “Teaser Najib & Syikin & Selamat Tinggal 2009

  1. ainz says:

    best ler tgk gmbr ni…lum lagi tgk full album..lagi best nnti…tak pe aku tggu dr pengantin…

  2. Acaii says:

    Salam zei,
    Terharu betul aku baca entry ko ni..selamat ulang tahun perkahwinan 4 tahun zei..kekadang kita lupa nak berterima kasih kepada insan2 yang byk menyokong kerja2 kita kan..semoga pasni ko terus maju kehadapan dengan tugas hakiki dan juga tugas photographer ini..aku sbg kawan hanya dapat support dari belakang..:) thanks zei jadi kawan aku,hehe

  3. Zizei says:

    ain : hehe tunggu yer..😛

    acaii : terima kasih acaii. dah tak tau macammana nak balas lagi sebenarnya, so ucaplah terima kasih berulang kali..😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: