Mira & Azizul – Pertunangan – teaser





Pengantin : Mira & Azizul
Lokasi : Putrajaya
Tarikh : April 2010

Assalamualaikum.

Lihat aksi bakal pengantin di atas. Walaupun pada mulanya mereka ini amat pemalu tapi sebenarnya memang berbakat di depan camera. Masa awal perbincangan satu soalan di balas dengan satu jawapan. Sampai saya dah tiada modal nak berbual dengan mereka haha.. Pujian untuk Mira sebab kehebatan aksi, ekspresi dan emosinya. Azizul masih ada malu-malunya tapi takpe ada setahun untuk berlatih😀

Tunggu entri penuh, tunggu..

Untuk mendapatkan gambar yang baik dan cantik ada beberapa yang teori yang saya guna. Benar photog memainkan peranan utama untuk tujuan itu. Peralatan dan pengalaman sememangnya benar-benar membantu ke arah itu. Saya boleh anggarkan 60% adalah datang dari seorang photographer dan 40% datang dari pengantin itu sendiri. Walaupun sekadar 40% tapi ianya adalah segala-galanya.

Ya benar makeup yang cantik, baju yang mahal atau pelamin yang gah mampu mencantikkan sesuatu gambar. Tapi bagi saya perkara yang benar-benar memberi kesan besar terhadap sesuatu gambar itu adalah disebabkan 3 unsur iaitu aksi, ekspresi dan emosi.

Maksudnya walaupun anda dimakeup dengan secantiknya, memakai baju yang mahal tadi, dan bersanding di atas pelamin yang cukup gah kalau tiada 3 unsur tadi mungkin segala-galanya sia-sia. 3 unsur itu sebenarnya datang dari pengantin itu sendiri, photog hanya mampu untuk guide dan selebihnya anda perlu merasainya sendiri tanpa perlu rasa dipaksa atau terpaksa.

Bagaimana untuk merasai 3 unsur itu ketika majlis anda, jumpa saya mungkin kita boleh berdiskas panjang🙂

Nota Kaki : Arsenal kalah lagi semalam, kalah dengan Wigan 3 gol dalam masa 10 minit. Dalam banyak2 result ini saya rasa yang paling tak boleh terima. Wenger masih belum provekan teori dan polisi yang dibawa boleh menang cup. Harap-harap dengan result ini bagi msg dekat dia untuk beli player yang lebih baik dan pengalaman.

Happy Wedding with Zizei
Url rasmi : http://www.zizeiazli.com
Laman blog rasmi : https://photogpicisan.wordpress.com
Koleksi gambar @ Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Koleksi gambar @ Fotopages : http://caplez.fotopages.com
YM/FB : caplez@yahoo.com
Email : zizeiazli@gmail.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

Tagged ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: