Perkahwinan Soffry & Fadlina – Album penuh






















Nama Pengantin : Soffry & Fadlina
Lokasi : Ampang & Kajang
Tarikh : Mac 2010
2nd Photog : Amer

Bila bercakap pasal majlis perkahwinan satu perkara yang anda perlu tahu adalah persamaan. Dalam perkahwinan Melayu persamaan untuk setiap perkahwinan itu banyak. Mungkin sebagai pengantin anda tak rasa ini semua kerana setiap pengantin pasti akan melalui sekali seumur hidup, tapi sebagai photographer ianya berlaku hampir setiap minggu.

Setiap photographer inginkan sesuatu yang luarbiasa, cuba buat sesuatu yang lain dari yang lain yang orang tidak terfikir untuk buat. Pada mulanya mungkin ramai juga yang tak berkenan, tapi lama-kelamaan ianya akan menjadi biasa. Sekurang-kurangnya juga saya mahu orang lain tau yang saya mahukan setiap perbezaan dalam setiap persamaan majlis perkahwinan.

Mencari persamaan memang mudah, ikut jelah sebijik-bijik apa yang telah anda shoot sebelumnya, tapi untuk mencari perbezaan memang amat sukar. Tapi kesukaran itulah sebenarnya membuatkan saya ingin terus menyelongkar fotografi perkahwinan ini. Dan saya yakin pengantin sekarang sudah bijak dan tidak mahu lagi persamaan ini terus berulang.

Sebagai pengantin, anda berhak untuk request lokasi outdoor yang anda suka dan tidak suka. Itu adalah hak anda. Dan anda tidak perlu ikut pun 100% apa yang photographer anda mahukan, buat apa yang anda rasa selesa, itu lebih baik dari ikut tapi berkerut je muka..

Terima kasih buat pengantin ini kerana sudi melayan idea gila saya. Cuba-cuba je bagi bagi idea untuk buat outdoor kat kilang papan ni, tak sangka pulak diterima. Ikutkan bukan calang-calang pengantin yang berani buat apa yang mereka sebenarnya tak tau apa yang akan berlaku. Yelah biasa outdoor dekat taman, semua orang dah boleh bayangkan apa yang akan terjadi, tapi bila buat kat kilang papan, apa yang photog rasa mungkin tak sampai ke hati pengantin. Pujian untuk Soffry dan Fadlina.. yeayyyy😀

Happy Wedding with Zizei
Url rasmi : http://www.zizeiazli.com
Laman blog rasmi : https://photogpicisan.wordpress.com
Koleksi gambar @ Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Koleksi gambar @ Fotopages : http://caplez.fotopages.com
YM/FB : caplez@yahoo.com
Email : zizeiazli@gmail.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

Tagged , , ,

4 thoughts on “Perkahwinan Soffry & Fadlina – Album penuh

  1. lisa says:

    I suka every words yang you guna dalam blog ni. tatau la kenapa.Humble.Hehe.

    Good luck Zizei!

  2. Zizei says:

    lisa : terima kasih. susah gak sebenarnya nak susun ayat, takut kalau2 ada yg terasa tanpa sebab🙂

    thanks

  3. Kechik says:

    perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh nyum2. jeles i awww

  4. liza says:

    sy suka idea zizei ni. walaupun lain dr yg lain tapi ianya nmpk cantik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: