Mira & Azizul Engagement











Pengantin : Mira & Azizul
Lokasi : Putrajaya
Tarikh : April 2010

Assalamualaikum dan jumpa lagi.

Tahniah buat Azizul dan Mira kerana selamat melangsung majlis pertunangan tempoh hari. Terima kasih banyak juga kerana layanan dan respon yang sangat baik dari keluarga dan korang berdua. Mau tak nya mana-mana saya pergi mesti ditanya “Dah makan?”. Terima kasihh banyak-banyak ada rezeki kita jumpa lagi.🙂

Hari ni saya nak berkongsi satu kisah pasal jodoh. Ada 2 jodoh. Satu ialah jodoh diantara bakal pengantin dan satu lagi jodoh pengantin bersama photographer (kira jodoh juga tu😀 )

Saya pernah dihubungi oleh seorang klien ketika itu bertanyakan tentang pakej fotografi untuk majlis beliau. Selepas bercerita dan berbincang panjang, rupanya-rupanya tarikh keramat beliau sebenarnya sudah diambil oleh orang lain (silap saya juga masa tu tak tanya tarikh dulu). Tiada jodoh saya bersama pengantin ini ketika itu.

Kemudian beberapa bulan selepas itu, si adik pula datang berhubung untuk bertanyakan tentang hal yang sama. Alhamdulillah kali ini berjaya. Tarikh yang diminta masih available dan segala perbincangan berjalan lancar. Tiba-tiba…. (jeng jeng jeng, saspens sikit)

Tidak lama selepas itu, hanya lebih kurang seminggu selepas itu, saya menerima panggilan yang mengatakan majlis mereka tidak dapat dilangsungkan kerana ikatan pertunangan itu terputus. Memang tragis. Saya dapat rasa apa yang si adik ini tadi rasa. Tapi itulah dinamakan jodoh. Jodoh mereka terputus dan jodoh saya bersama pasangan itu juga tiada.

Kini selepas beberapa tahun, si adik tadi datang lagi dengan semangat baru, tunang yang baru untuk satu tujuan baru. Jika tiada aral melintang, segalanya akan berjalan lancar seperti yang dirancang, Insyaallah.

Nota kaki : Sambutan untuk Promosi Potret Perkahwinan luar biasa. Tak sangka ramai peminatnya rupanya. Yelah kita mungkin biasa ambil gambar keluarga sendiri, tapi untuk sesi ini dia memang lain macam apa yang anda biasa buat. Lebih kemas dan teratur. Hubungi saya di facebook untuk keterangan lanjut.

Sedikit teaser untuk sesi Family Potraiture minggu lalu. Terima kasih.


Family Potraiture bersama Rahimi + Ain + Adam.

Happy Wedding with Zizei
Url rasmi : http://www.zizeiazli.com
Laman blog rasmi : https://photogpicisan.wordpress.com
Koleksi gambar @ Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Koleksi gambar @ Fotopages : http://caplez.fotopages.com
YM/FB : caplez@yahoo.com
Email : zizeiazli@gmail.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

Tagged , , , , , , , , , , , ,

One thought on “Mira & Azizul Engagement

  1. […] baru buat mereka berdua. Alhamdulillah jodoh saya dengan pasangan terus berkekalan. Selepas je majlis pertunangan mereka setahun dulu terus saya di tempah untuk majlis perkahwinan mereka. Terima […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: