Yang Zaliza & Nazim Wedding – Edisi Penuh

















Assalamualaikum.

Jumpa lagi kita. Mula-mula nak cakap terima kasih kepada beberapa bloggers. Walaupun saling tidak mengenali tapi sudi untuk letak link blog ini dekat blog korang. Terima kasih banyak-banyak.

Selepas teaser, kini saya nak kongsi dengan anda semua gambar-gambar untuk wedding Yang Zaliza dan Nazim ini. Saya sebenarnya tersangat kekok setiap kali nak panggil nama “Yang”. Yela itulah satu-satunya panggilan manja yang biasa saya panggil untuk isteri tercinta, bila sebut dan panggil dekat orang lain, terasa kekok yang teramat sangat, terus teringat kat isteri kat rumah hehe.

Bercakap pasal isteri, ramai orang yang saya jumpa tak percaya dengan status saya. Adakah saya nampak terlalu muda?? Haha. Alhamdulillah tahun ini adalah tahun ke 5 saya berumahtangga. Kalau kita fikir nak kahwin itu susah, selepas kahwin sebenarnya lagi susah, tetapi itulah keindahannya berkahwin. Ada saja pasang surutnya yang buat kita semakin hari semakin matang dan dewasa. Perkahwinan adalah perkongsian prinsip. Sehebat dan seteguh mana pun prinsip kita, berkompromilah. Hidup perlu ada prinsip tapi untuk terus hidup kita perlu berkompromi dengan prinsip orang lain. Cewah.

Jadi sebaik-baiknya ketika merancang untuk hari perkahwinan rancang juga sesuatu untuk selepas berkahwin. Dan yang lebih penting jangan bercinta kalau anda rasa belum mahu berkahwin haha.

Buat Yang Zaliza dan Nazim, selamat penganti baru. Semoga cinta korang kekal selamanya dunia dan akhirat insyaAllah dan terima kasih..

Untuk koleksi penuh mereka, klik sini.

Nota kaki : Berita baik untuk orang-orang Borneo (Sabah, Sarawak dan Labuan) Kami mencari pasangan pengantin pertama dengan tawaran gila-gila yg anda pasti takkan percaya. Hubungi kami secepat mungkin. Hanya untuk yang pertama saja🙂

Happy Wedding with Zizei
Url rasmi : http://www.zizeiazli.com
Laman blog rasmi : https://photogpicisan.wordpress.com
Koleksi gambar @ Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Koleksi gambar @ Fotopages : http://caplez.fotopages.com
YM/FB : caplez@yahoo.com
Email : zizeiazli@gmail.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

Tagged , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: