Saiful Razel & Nurul Nadiah – Majlis Resepsi












Kedua pengantin ini mengingatkan saya kepada cikgu-cikgu saya ketika disekolah. Sekolah Rendah Bandar Baru Selayang dan Sekolah Menengah Ideal Heights. Kalau ada cikgu-cikgu yang terbaca entri ini dan mengenali saya dengan nama Ziziazli, saya nak ucap terima kasih yang terbanyak-banyaknya kepada semua cikgu-cikgu sebab pernah mengajar saya selama saya bersekolah.

Sekolah memang seronok. Saya menghabiskan masa disekolah dengan seronok dan gemilangnya. Pernah kedatangan penuh tanpa kosong setiap hari selama setahun. Siap berlawan-lawan dengan kawan siapa yang boleh datang dengan kedatangan penuh. Tapi sayang bila tengok budak-budak sekarang ni, pergi sekolah pun taknak. Tak tau kenapa.? Adakah sekolah itu umpama penjara bagi mereka. Hhmmm..

Bila baca paper sekarang ni, ada saja pelajar lawan cikgu. Dengan bangganya mereka tanpa rasa bersalah atau rendah diri. Apalah nak jadi…😦 Seingat-ingat saya dulu, sejahat-jahat murid susah nak dengar lawan cikgu, tahap hormat kepada cikgu ketika itu sangat-sangat tinggi. Dan saya secara peribadi merasa cikgu-cikgu ini sepatutnya dihormati seperti kita menghormati ibu bapa kita. Mereka bersusah payah mengajar dan membimbing murid untuk menjadi manusia yang berguna. Saya yakin tidak ada apa yang mereka mahukan dari anak-anak murid ini tapi mereka sekadar mahu melihat mereka berjaya dalam hidup tanpa perlu apa-apa balasan.

Alhamdulillah selepas 11 tahun meninggalkan sekolah saya mungkin tidak berjaya sehebat orang lain, tapi sekurang-kurang saya berjaya menjadi orang, suami dan bapa. Terima kasih Cikgu.

Buat Saiful dan Nadiah, selamat pengantin baru semoga cinta korang kekal selamanya. Dan teruskan membakar diri menerangi manusia-manusia lain yang baru ingin melihat dan membesar didunia ini. Wahhhhh😀

Terima kasih membaca😀

Nota kaki : Selamat menyambut Ramadhon Al-Mubarak buat semua, semoga kita mendapat kebaikkan yang terbaik dari bulan yang penuh hikmah ini. Assalamualaikum🙂

Blog : http://www.zizeiazli.com /  https://photogpicisan.wordpress.com
Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Facebook : http://www.facebook.com/pages/Zizei-Photography/85327121358
Email : zizeiazli@gmail.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

Tagged , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: