Adilah & Saiful Majlis Perkahwinan – Teaser





Salam Raya.

Entri berikut tugasan pertama selepas puasa dan raya. Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk terus menghasilkan gambar² yang baik untuk dikongsi kepada semua. Satu yang menarik untuk saya kongsi tentang majlis ini bila ketika majlis beradab, kedua² pengantin makan dengan satu pinggan dan cawan. Idea yang unik. Manisss….🙂

Saya selalu mengingatkan diri sendiri untuk beri yang terbaik untuk setiap tugasan dan tak mampu janji yang tercantik kerana banyak perkara yang berbeza pada setiap pengantin dan majlis.

Sekiranya anda melihat gambar atau album – hasil orang lain cantik, tapi tidak hasil sendiri yang anda dapat, sebenarnya anda normal. Sebagai manusia kita memang takkan puas hati dengan apa yang kita dapat, tapi suka dengan hasil orang lain. Atau orang lain suka dengan hasil kita tapi tidak kita sendiri. Pelikkan tapi itulah kebiasaannya. Anda rasa hasil yang anda dapat tidak cantik, walaupun anda sebenarnya menggunakan photographer yang sama dengan orang lain yang anda pernah suka hasilnya.

Untuk mendapatkan hasil yang cantik faktor utama ialah komitmen. Sekiranya anda rasa hasil dari seseorang itu cantik anda perlu tahu yang mereka sebenarnya datang dengan komitmen yang hebat. Seperti kedua pengantin ini yang sangat pemalu, hebatnya mereka dapat buang rasa malu itu dan beri yang terbaik di depan kamera. Cuma sayangnya gambar² ini tiada suara, tapi cukup menceritakan mereka gembira. Saya pun tompang gembira😀. Tunggu entri penuh ye..

Nota kaki : FREE 2011 PRE-WEDDING PROMOTION masih berlangsung dengan meriahnya. Hubungi saya untuk maklumat lanjut

Blog : http://www.zizeiazli.com / https://photogpicisan.wordpress.com
Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Facebook : http://www.facebook.com/pages/Zizei-Photography/85327121358
Email : zizeiazli@gmail.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

Tagged , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: