Iqbal & Freda Kenduri Kahwin – Teaser






Assalamualaikum.

Tugasan minggu ke 2 bulan syawal, tak jauh mana tetap di Selayang ku Sayang. Macam biasa kalau dekat Selayang ada je orang yang kita kenal.

Dah banyak majlis yang saya pergi pengantin bersanding awal. Termasuk pasangan pengantin ini. Seawal 12 tengahari mereka sudah mula berarak. Kalau biasa majlis bersanding selepas Zohor (2pm) pengantin ada lebih kurang 2 jam sahaja untuk menyelesaikan semua perkara (merenjis, makan beradab, potong kek dll) ianya agak sedikit “rushing” berbanding bersanding awal dimana pengantin punya banyak masa terluang yang boleh digunakan untuk melayan tetamu. Apalah ertinya sebuah majlis tanpa tetamu, kerana merekalah yang mewarnai sesebuah majlis. Lagi meriah lagi banyak bahan untuk kami rakam.

Keluar awal juga menyelamatkan anda dari hujan. Kita memang takkan tahu bila hujan akan turun, sekurang²nya bila sampai awal dan ketika itu hujan turun, kita sudah berada di tempat yang sepatutnya. Tidak lagi membazir masa menunggu sehingga hujan berhenti.

Cuma satu. Sekiranya anda bersanding awal pastikan anda benar² “fit”. Sebab bila dah jumpa kengkawan biasanya keseronokkan akan jadi luarbiasa yang akibatnya anda akan kepenatan untuk mengharungi “outdoor portraiture” selepas itu. So pastikan anda cukup tidur dan makan ketika makan beradab (ala apa nak segan, belasah jekkkk)

Tunggu full entry untuk pasangan pengantin ini. Bai for now (wahhh macam host 442)😀😀

Minggu ni saya akan ke Merlimau Melaka. Tak sabar meninggalkan hiruk pikuk Kuala Lumpur merasai keheningan dan keindahan luar bandar haha. Doakan saya semoga semuanya baik² saja, orang² Merlimau kita jumpa nanti ye. (Ikan bakarrrr Umbaiiiiiii)😀😀

Aina mmg diajar sejak kecil utk smile dan tidak takut dengan kamera. Masuk 2 tahun dia dah boleh smile depan kamera dengan eye contact. Sekarang dah masuk 3 tahun dia dah over depan kamera. Inilah hasil nya haha😀

Alhamdulillah anak kecil saya ini menyambut tarikh lahirnya yang ke-3, 3 haribulan lepas. Semoga “puteri salji” ini terus sihat dan diberikan kekuatan menjadi anak yang baik selama²nya.

Terima kasih kerana membaca😀

Nota kaki : FREE 2011 PRE-WEDDING PROMOTION masih berlangsung dengan meriahnya. Hubungi saya untuk maklumat lanjut

Blog : http://www.zizeiazli.com / https://photogpicisan.wordpress.com
Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Facebook : http://www.facebook.com/pages/Zizei-Photography/85327121358
Email : zizeiazli@gmail.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

Tagged , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: