Nora & Hasman Majlis Perkahwinan – Gombak



Alhamdulillah berakhir tugasan dalam negeri untuk edisi hujung tahun 2010. Tinggal 2 slot saja lagi sebagai penutup 2010. InsyaAllah kalau tiada aral saya akan ke luar negeri, luar negeri Selangor hehe😀

2010 yang manis yang sangat meninggalkan kenangan terindah. Setiap tahun yang berlalu pasti meninggalkan sejarah yang tersendiri. Tahun 2010 yang menggembirakan dan menyedihkan bagi saya. Saya selamat menjual kamera pertama saya Nikon D50. Dengan takdir Allah, D50 banyak merubah kehidupan saya, kehidupan keluarga saya. Dari tidak ada apa² sehinggalah mempunyai sedikit bakat untuk berkhidmat dan berkongsi dengan masyarakat.

Selepas kahwin sebelum menjadi photographer, memang susah hidup masa tu. Mesti semua pengantin pun sama. Untungnya saya tak berhutang langsung lepas tu. Saya masih ingat masa shopping barang dapur, bila dah ambil barang letak dalam troli, sebelum ke kaunter pembayaran, saya dan isteri periksa dulu jumlah harga dekat mesin harga, nak pastikan budget yang kami bawak masa tu mencukupi. Kalau terlebih kami letak balik, ambik barang yang betul-betul guna je. Sedih pulak bila teringat.

Sampai masa dengan takdir Allah, kami beli Nikon D50. Tak sangka begitu cepat kehidupan kami berubah sedikit demi sedikit sehingga sekarang. Alhamdulillah rezeki sangat murah. Terima kasih Allah. 2010 saya jual D50 dan 2010 juga kami dapat anak yang ke 2. Sekarang saya ada sepasang anak perempuan dan lelaki🙂.

Saya beruntung dan bersyukur dikelilingi keluarga dan rakan2 yg banyak membantu menyokong usaha dan minat dalam fotografi terutama buat satu-satunya Isteri tercinta, yang setiap hari memberi semangat dan inspirasi.

Alhamdulillah dan terima kasih semuanya🙂


D50 dalam kenangan


Zizei junior

Blog : http://www.zizeiazli.com / https://photogpicisan.wordpress.com
Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Facebook : http://www.facebook.com/pages/Zizei-Photography/85327121358
Email : zizeiazli@gmail.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

One thought on “Nora & Hasman Majlis Perkahwinan – Gombak

  1. aina says:

    wish u all da best 4 next year n foeverever…. )

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: