Aida Yanty & Zaini – Majlis Pernikahan












Perkahwinan itu indah tapi bukan sesuatu yang mudah. Percayalah ada macam² ranjau yang perlu diduga dan ditempuh. Beberapa tahun menjadi jurugambar perkahwinan banyak mengajar saya erti perkahwinan yang sebenar. Saya beruntung bila setiap minggu dapat mendengar khutbah nikah dari macam² tempat dan macam² tok kadi. Macam² nasihat yang saya dapat.

Trend perkahwinan sekarang – Ramai yang berhabis segala²nya hanya untuk hari majlis perkawinan mereka. Ada yang berhutang, meminjam sana dan sini. Adalah baik jika bakal pengantin mengawal perbelanjaan mengikut kemampuan dan tahap sendiri sebenar. Berfikir panjang, kerana kehidupan selepas berkahwin adalah lebih lebih lebih mencabar.

Rancang majlis perkahwinan sebijak mungkin. Lagi banyak perkara atau benda yang ingin ditambah, lagi banyak belanja yang perlu dikeluarkan. Ringkas adalah pilihan yang bijak dan mudah. Jangan membazir dan tidak perlu berlebih-lebihan. Yang lebih penting adalah kemeriahan bukannya kemegahan.

Alhamdulillah tarikh 31 Dis ini adalah ulangtahun perkahwinan saya yang ke 5. Mari kita sama² berdoa agar rumahtangga yang telah dibina atau akan dibina akan kekal sejahtera selama²nya.

Buat pasangan Aida Yanty dan Zaini semoga ikatan ini terus segar dan mekar hingga ke syurga, wahh. Terima kasih🙂

Nota kaki : Tahniah buat pasukan Malaysia kerana berjaya membaham pasukan Indonesia. Juga tahniah buat Arsenal yang melaukkan Chelsea 3-1 pagi tadi hahahaha. Padan muka Chelsea.😛😛

Blog : http://www.zizeiazli.com / https://photogpicisan.wordpress.com
Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Facebook : http://www.facebook.com/pages/Zizei-Photography/85327121358
Email : zizeiazli@gmail.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

One thought on “Aida Yanty & Zaini – Majlis Pernikahan

  1. Aida says:

    alhamdulillah & amin, moga semua2 pasangan suami isteri di luar sana akan hidup bahagia dlm melayari bahtera rumahtangga masing2.

    wah! sempat lagi mengutuk chelsea yer😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: