Dr Siti Mariam & Farhy – Port Dickson

Assalamualaikum.

Bila saya tahu yang Candidsyndrome pernah datang ke rumah ini sebagai OP masa majlis kakak sulong Mariam satu ketika dulu, saya mula risau. Berkali² saya tanya Mariam berapa besar majlis perkahwinan yang mereka rancangkan ini, dan berkali² itulah dia jawap “biasa je wedding kita orang”. Sebagai jurugambar saya perlu tau gambaran sebesar mana majlis yang akan berlangsung, supaya persediaan boleh dibuat lebih awal. Alhamdulillah segala² berjalan baik. Cuma salji yang turun masa outdoor menyelamatkan mereka dari terus di”kerja”kan😀

Kalau nak tengok gambar Mariam masa muda² yang CS shoot boleh klik sini. “sweet kan beliau” hahaha.

2010 adalah tahun facebook. Ramai pengantin dan bakal pengantin yang saya kenal dari facebook. Termasuk pengantin ini. Kami deal semuanya dengan facebook dan emel. Nak jumpa memang susah sebab Mariam masih study di Indonesia. Dapat jumpa pun sebab bencana letusan gunung berapi meletus hari tu bila pelajar² kita di panggil balik.

Walaupun surat khabar kata FB menyumbang kepada keruntuhan rumahtangga. Tapi FB juga sebenarnya boleh membantu kita meningkatkan taraf hidup keluarga kita. Jadi gunakanlah segala medium yg ada untuk tujuan kebaikkan bukan kehancuran.

Dengan rasminya tugasan 2010 ditutup dengan jayanya. Banyak sangat yang saya belajar dan tempuh. Terima kasih buat semua yang pernah bekerjasama dengan saya. Mohon maaf sekiranya ada kesilapan atau apa² ketelanjuran yang dilakukan.

Khusus untuk semuan x-klien/pengantin, saya hanya mampu beri yang terbaik dan tidak mampu menjanjikan yang tercantik. Sekiranya ada kritikan dan teguran boleh emel dan call terus saya seperti di skrin tertera. Semoga kita semua lebih berjaya, diberkati dan gembira ditahun baru 2011 ini.

Nota Kaki : Pakej 2011 dibuka dengan rasminya. Tempah awal sekiranya anda ingin mendapatkan pelbagai penjimatan. Hubungi saya segera. Promosi FREE OUTDOOR untuk mereka yang menempah seawal 2 bulan sebelum majlis atau sebelum 31 Januari 2011.

Blog : http://www.zizeiazli.com / https://photogpicisan.wordpress.com

Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/setsFacebook : http://www.facebook.com/pages/Zizei-Photography/85327121358

Email : zizeiazli@gmail.com

Call/Sms : 019 – 233 9291

Tagged , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: