Fadzillah & Rashied – Johor Bahru












Pembuka tirai 2011 bermula di Johor Bahru. Ini tugasan ke 2 saya di Johor selepas tugasan pertama di Endau tahun 2009 dulu. Tak sangka masih ada yang sudi nak panggil saya sejauh ini.🙂

Di JB saya stay 4 malam di Tune Hotel. Walaupun katanya Tune Hotel ni 1 bintang, tapi bagi saya setanding dengan hotel² 3 atau 4 bintang. Malah ada hotel 3 dan 4 bintang pun belum tentu boleh tandingi Tune Hotel. Memang terbaik.

Saya sekeluarga berkesempatan ke Singapura. Seharian berjalan. Dari awal pagi sampai lewat malam. Kali terakhir saya ke Singapura masa kecil² dulu masa tu ke Pulau Sentosa kena naik bot tapi sekarang dah ada jambatan. Sempat juga kami pusing² town Singapore. Satu yang menarik perhatian saya bila bangunan lama mereka yang dijaga sangat baik. Bayangkan kat KL bangunan sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman terjaga dan di cat dengan baik mesti cantik.

Permulaan 2011 yang mengembirakan dan mengharapkan kegembiraan itu berpanjang untuk sepanjang tahun bukan saja untuk saya tapi untuk anda semuanya. InsyaAllah. Sori gambar² Singapore tak sempat update. Tunggula ekk🙂

Pakej 2011 dibuka dengan jayanya. Sepanjang 2010 saya terima awal banyak tempahan, malah ada yang hampir setahun awalnya. Banyak yang baiknya bila tempahan dibuat awal, antaranya anda boleh menguruskan hal² persediaan perkahwinan anda dengan selesa. Biasalah bila last minit apa pun tak jadi apa pun tak dapat. Oleh itu ada 3 promosi untuk 2011 dibuat khusus pada mereka yang merancang dan menempah awal majlis perkahwinan mereka. Detail klik saja pada gambar di bawah.

Nota kaki : Macam biasa klik dan like facebook page saya untuk update lebih terkini dan hangat.

Blog : http://www.zizeiazli.com / https://photogpicisan.wordpress.com
Facebook : http://www.facebook.com/ZizeiPhotography
Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Email : zizeiazli@gmail.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

Tagged , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: