bertandang, Outdoor

Acid & Fad – Majlis Bertandang Bangi











Outdoor untuk majlis bertandang kali ini lokasinya tidak secantik yang anda boleh lihat dalam gambar di atas. Semak samun sana sini, tak ada yang cantik pun sebenarnya kalau lihat dengan mata kasar. Pengantin sendiri pun macam berkerut je masa sampai ke sini haha. Tapi bila di tunjuk sedikit gambar mereka dalam LCD kamera barulah nampak kesegar bugarnya. Layannnnn…

Seperti yang dijanjikan sedikit buah tangan dari Singapore pada malam hari..

Susah sebenarnya nak shoot mercu tanda universal studio ni, asyik penuh je orang, samaada korang datang awal pagi, time hujan atau lewat malam macam ni, baru tiada gangguan

Song of the Sea

Promosi : Diskaun 10% untuk tempahan awal, sekiranya anda menempah untuk 3 majlis serentak (nikah + sanding + tandang). Klik facebook untuk lebih lanjut.

Blog : http://www.zizeiazli.com / https://photogpicisan.wordpress.com
Facebook : http://www.facebook.com/ZizeiPhotography
Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Email : zizeiazli@gmail.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

Berinai, bertandang, Nikah, Outdoor, Persalinan, Uncategorized

Raikan Chinta – Izad & Sue Merlimau Melaka – teaser








Assalamualaikum

Akhirnya tarikh yang ditunggu-tunggu pun tiba. Tarikh keramat 10 10 10. Ramai yang bertanya tapi hanya satu saja yang dapat dipenuhi. Tahniah kepada Sue dan Izad kerana awal-awal lagi telah merebut tarikh panaz ini 😀

Kalau di KL ketika itu meriah dengan Majlis Perkahwinan Kayangan, kami di Merlimau Melaka juga meriah dengan majlis perkahwinan di daratan, sambil menikmati kenikmatan seefood di Umbai, memang terbaekkk.

Majlis meraikan pernikahan, persandingan dan bertandang untuk pasangan Sue dan Izad. Ingat lagi Telenovela Cinta. Ala pre wedding dan slideshow yang pernah dibuat di Tugu Negara dulu, inilah orangnya.

Memang hebat pasangan ini, tak susah nak handle. Mungkin sebab pernah bersama masa Pre-Wedding dulu so nak direct pun senang. Bergegar jugaklah kamera saya tahan gelak layan dua pasangan “sama padan” ini 😀

Tunggu entri penuh, banyak yang menarik untuk dikongsi.


TungguuuUuuuUu…

Nota kaki : Join saya di Zizei Photograpphy Facebook Fanpage (tak biasa sebenarnya nak tulis fan) untuk perkongsian gambar² terbaru dan terkini. Alhamdulillah member hampir mencecah 1000 orang. Tekan je butang like tu, PERCUMA 😀

Nota kaki 2 : FREE 2011 PRE-WEDDING PROMOTION masih berlangsung dengan meriahnya. Hubungi saya untuk maklumat lanjut

Blog : http://www.zizeiazli.com / https://photogpicisan.wordpress.com
Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Facebook : http://www.facebook.com/pages/Zizei-Photography/85327121358
Email : zizeiazli@gmail.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

bertandang, Nikah, Outdoor, Sanding

Perkahwinan Soffry & Fadlina – Album penuh






















Nama Pengantin : Soffry & Fadlina
Lokasi : Ampang & Kajang
Tarikh : Mac 2010
2nd Photog : Amer

Bila bercakap pasal majlis perkahwinan satu perkara yang anda perlu tahu adalah persamaan. Dalam perkahwinan Melayu persamaan untuk setiap perkahwinan itu banyak. Mungkin sebagai pengantin anda tak rasa ini semua kerana setiap pengantin pasti akan melalui sekali seumur hidup, tapi sebagai photographer ianya berlaku hampir setiap minggu.

Setiap photographer inginkan sesuatu yang luarbiasa, cuba buat sesuatu yang lain dari yang lain yang orang tidak terfikir untuk buat. Pada mulanya mungkin ramai juga yang tak berkenan, tapi lama-kelamaan ianya akan menjadi biasa. Sekurang-kurangnya juga saya mahu orang lain tau yang saya mahukan setiap perbezaan dalam setiap persamaan majlis perkahwinan.

Mencari persamaan memang mudah, ikut jelah sebijik-bijik apa yang telah anda shoot sebelumnya, tapi untuk mencari perbezaan memang amat sukar. Tapi kesukaran itulah sebenarnya membuatkan saya ingin terus menyelongkar fotografi perkahwinan ini. Dan saya yakin pengantin sekarang sudah bijak dan tidak mahu lagi persamaan ini terus berulang.

Sebagai pengantin, anda berhak untuk request lokasi outdoor yang anda suka dan tidak suka. Itu adalah hak anda. Dan anda tidak perlu ikut pun 100% apa yang photographer anda mahukan, buat apa yang anda rasa selesa, itu lebih baik dari ikut tapi berkerut je muka..

Terima kasih buat pengantin ini kerana sudi melayan idea gila saya. Cuba-cuba je bagi bagi idea untuk buat outdoor kat kilang papan ni, tak sangka pulak diterima. Ikutkan bukan calang-calang pengantin yang berani buat apa yang mereka sebenarnya tak tau apa yang akan berlaku. Yelah biasa outdoor dekat taman, semua orang dah boleh bayangkan apa yang akan terjadi, tapi bila buat kat kilang papan, apa yang photog rasa mungkin tak sampai ke hati pengantin. Pujian untuk Soffry dan Fadlina.. yeayyyy 😀

Happy Wedding with Zizei
Url rasmi : http://www.zizeiazli.com
Laman blog rasmi : https://photogpicisan.wordpress.com
Koleksi gambar @ Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Koleksi gambar @ Fotopages : http://caplez.fotopages.com
YM/FB : caplez@yahoo.com
Email : zizeiazli@gmail.com
Call/Sms : 019 – 233 9291