Family/Kid Potraiture, Fotokids, Pertunangan

Mira & Azizul Engagement











Pengantin : Mira & Azizul
Lokasi : Putrajaya
Tarikh : April 2010

Assalamualaikum dan jumpa lagi.

Tahniah buat Azizul dan Mira kerana selamat melangsung majlis pertunangan tempoh hari. Terima kasih banyak juga kerana layanan dan respon yang sangat baik dari keluarga dan korang berdua. Mau tak nya mana-mana saya pergi mesti ditanya “Dah makan?”. Terima kasihh banyak-banyak ada rezeki kita jumpa lagi. 🙂

Hari ni saya nak berkongsi satu kisah pasal jodoh. Ada 2 jodoh. Satu ialah jodoh diantara bakal pengantin dan satu lagi jodoh pengantin bersama photographer (kira jodoh juga tu 😀 )

Saya pernah dihubungi oleh seorang klien ketika itu bertanyakan tentang pakej fotografi untuk majlis beliau. Selepas bercerita dan berbincang panjang, rupanya-rupanya tarikh keramat beliau sebenarnya sudah diambil oleh orang lain (silap saya juga masa tu tak tanya tarikh dulu). Tiada jodoh saya bersama pengantin ini ketika itu.

Kemudian beberapa bulan selepas itu, si adik pula datang berhubung untuk bertanyakan tentang hal yang sama. Alhamdulillah kali ini berjaya. Tarikh yang diminta masih available dan segala perbincangan berjalan lancar. Tiba-tiba…. (jeng jeng jeng, saspens sikit)

Tidak lama selepas itu, hanya lebih kurang seminggu selepas itu, saya menerima panggilan yang mengatakan majlis mereka tidak dapat dilangsungkan kerana ikatan pertunangan itu terputus. Memang tragis. Saya dapat rasa apa yang si adik ini tadi rasa. Tapi itulah dinamakan jodoh. Jodoh mereka terputus dan jodoh saya bersama pasangan itu juga tiada.

Kini selepas beberapa tahun, si adik tadi datang lagi dengan semangat baru, tunang yang baru untuk satu tujuan baru. Jika tiada aral melintang, segalanya akan berjalan lancar seperti yang dirancang, Insyaallah.

Nota kaki : Sambutan untuk Promosi Potret Perkahwinan luar biasa. Tak sangka ramai peminatnya rupanya. Yelah kita mungkin biasa ambil gambar keluarga sendiri, tapi untuk sesi ini dia memang lain macam apa yang anda biasa buat. Lebih kemas dan teratur. Hubungi saya di facebook untuk keterangan lanjut.

Sedikit teaser untuk sesi Family Potraiture minggu lalu. Terima kasih.


Family Potraiture bersama Rahimi + Ain + Adam.

Happy Wedding with Zizei
Url rasmi : http://www.zizeiazli.com
Laman blog rasmi : https://photogpicisan.wordpress.com
Koleksi gambar @ Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Koleksi gambar @ Fotopages : http://caplez.fotopages.com
YM/FB : caplez@yahoo.com
Email : zizeiazli@gmail.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

Family/Kid Potraiture, Fotokids

Family Potraiture Promosi 2010 – Zizei Photography

Assalamualaikum

Ramai diantara ex-client kami yang kini sudah lengkap berkeluarga. Mempunyai anak-anak yang comel, bijak dan nakal. Kini kami menjemput anda semua untuk bersama-sama bergembira untuk satu sesi fotografi outdoor berkeluarga. Kalau dulunya selepas majlis persandingan anda berdua bersama-sama bergambar outdoor kini kita boleh mengulangi kegembiraan itu malah ianya pasti akan lebih hebat dengan adanya anak-anak anda yang comel lote itu.

Jangan risau promosi ini juga dibuka kepada semua Zizei Photography Facebook Pages Friends. Anda hanya perlu tekan saja “Like” pada pages tersebut dan promosi ini sah milik anda.

Dengan harga pengenalan promosi bermula dari RM199.99 sahaja, kami menjanjikan kegembiraan untuk satu sesi potret outdoor berkeluarga. Promosi sah untuk bulan May 2010 sahaja. Hubungi kami seperti di bawah.

Terima kasih 🙂

Happy Family with Zizei (dah tukar)
Url rasmi : http://www.zizeiazli.com
Laman blog rasmi : https://photogpicisan.wordpress.com
Koleksi gambar @ Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Koleksi gambar @ Fotopages : http://caplez.fotopages.com
YM/FB : caplez@yahoo.com
Email : zizeiazli@gmail.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

Family/Kid Potraiture, Fotokids

Family Potraiture – Sam Rais & family












Assalamualaikum

Entry kali ini lain sikit, bukan wedding, tapi Family Potraiture. Ikutkan ini adalah minat kedua saya dalam fotografi selepas wedding. Siapa ada anak mesti tau betapa gilanya tangkap gambar budak-budak ini. Biasanya saya shoot famili sendiri je, tapi bila dapat offer dari kawan saya Sam Rais, memang tak lepas lah peluang.

Shoot family terutamanya kanak-kanak ini tak macam shoot pengantin. Photog kena lebih banyak sabar dan pantas untuk capture semua aksi mereka, dalam masa 2 saat pun mereka boleh berubah aksi, ekspresi dan emosi. Itu yang susah tapi itulah yang bestnya. Bila dapat aksi yang kita nak kepuasan dia memanglah best.

Qasif tak berapa ada mood hari tu sebab demam. Tidurnya terganggu lepas kena kejut, tu yang moody je gambar-gambar dia, tapi ntahlah gambar moody pun comel.

Koleksi penuh di sini

Nota kaki : Sam baru ko tau macammana jadi subjek haha. Lepas aku shoot ko baru aku perasan yang aku pun takde gambar family… 🙂

Happy Family with Zizei (dah tukar)
Url rasmi : http://www.zizeiazli.com
Laman blog rasmi : https://photogpicisan.wordpress.com
Koleksi gambar @ Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Koleksi gambar @ Fotopages : http://caplez.fotopages.com
YM/FB : caplez@yahoo.com
Email : zizeiazli@gmail.com
Call/Sms : 019 – 233 9291