Khatam, Nikah, Outdoor, Sanding

Iwan & Dina – Majlis Perkahwinan & Khatam Al-Quran – Taman Batu Muda & Serdang

Pengantin : Iwan & Dina
Tarikh : 6, 7 & 13 Jun 2009
Lokasi : Taman Batu Muda & Serdang
Photog : Zizei

Salam kembali.

Habis je tugasan di Rembau saya terus bergegas balik KL, sebab malam tu jugak kena shoot nikah untuk pasangan ini Dina & Iwan. Lokasi Taman Batu Muda Batu Caves tak jauh pun dari Selayang.

Dieorang ni berjumpa dari dunia cyber, berkenalan bercinta dan berkahwin. Kira kaki chatting la dieroang ni. Itulah jodoh, bila dah tertulis ia akan datang dari mana saja. Nanti saya cerita pulak pasal pengantin yg mula2 jumpa kat stesen LRT dan kemudian kahwin, jgn tak tau..

Outdoor Session masa ni kitaorg buat kat Taman Metropolitan Batu. Masa ni dalam pukul 5, nasib kiteorang baik sebab takde org masa ni. ­Tips utk pengantin kalau nak buat outdoor kena cari tempat yang tak ramai orang, samada nak buat awal ataupun mmg lokasi tu takde org, sebab kalau ada org lain susahlah, takkan dalam gambar korang ada orang lain pulak kan? atau takkan korang nak halau org tu supaya keluar dari framing gambar pulak haha tempat public beb tak pasal jekk..

Selamat pengantin baru buat Iwan & Dina dan terima kasih.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Koleksi penuh mereka di sini -> http://www.flickr.com/photos/caplez/sets/72157621789600905/

p/s – Aina semakin membesar. Walaupun belum 2 tahun, tapi ketinggiannya mengalahkan budak yang umur 3 tahun. Gambar terbaru Aina kat Taman Metropolitan Batu, tapi masa ni hari lain la.. 🙂

 
 
main buaian pun kena beratur ke..??
“main buaian pun kena beratur ke..??”

Nota kaki – Tempahan utk bulan Okt, Nov dan Dis 2009 sudah dan sedang dipenuhi. Kekosongan tinggal beberapa slot sahaja lagi, so kepada yang masih berkira2 tu, jgn fikir panjang lagi jumpa saya utk close deal. 🙂

Happy Wedding with Zizei
Url rasmi : http://www.zizeiazli.com/
Laman blog rasmi : https://photogpicisan.wordpress.com
Koleksi gambar @ Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Email/YM/FB : caplez@yahoo.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

­

Khatam, Nikah, Outdoor, Sanding

Asrizal & Faiza – Khatam/Sanding/Outdoor – Sik Kedah

Pengantin : Asrizal & Faiza
Lokasi : Sik Kedah
Tarikh : 20 & 21 Disember 2008
Photographer : Zizei

Saya kembali lagi ke Sik. Kalau dulu keseorangan kini saya ditemani oleh 2 bidadari saya hehe. Perjalanan mengambil masa 1 jam dari KL, naik bas udara haha – Firefly daa mmg macam bas 🙂 Misi kali ini majlis persandingan Faiza dan Rizal.

Kalau masa nikah dulu Faiza dan Rizal ni macam malu2 sikit, tapi utk kali ini lebih riang dan gembira. So komitmen penuh depan kamera membantu saya utk dapatkan momen yg  manis2. Terima kasih kepada keluarga pengantin kerana memberi keselesaan pada saya dan keluarga bila disediakan bilik VIP lagi hehe, terima kasih..

Lepas majlis je kami bercuti ke Penang. Kali terakhir saya ke penang masa haneymoon dulu. Satu perkara yg buat saya nak datang penang pasal pasemboq dia, pehhhh takleh celen beb, mmg syok gila..

Akhir kata kepada Faiza & Rizal – Selamat Pengantin Baru semoga kekal selamanya..

Jom layan –

 
 
 
 
 
 
 
 

lagi..?? klik sini -> http://flickr.com/photos/caplez/sets/72157609946109118/

Happy Wedding with Zizei
http://http://www.zizeiazli.com
https://photogpicisan.wordpress.com
http://caplez@yahoo.com
call/sms – 019 233 9291

Berinai, bertandang, Fotokids, Khatam, Nikah, Outdoor, Persalinan, Pertunangan, prewedding, Sanding, Teaser, Tips

Pakej Fotografi Perkahwinan | Wedding Photography Package | Jurufoto Perkahwinan Selayang Kuala Lumpur

Assalamualaikum and haiii. If you’re interested in booking us for your wedding day just give me a shout using whatapps 0192339291 and we will reply asap.

Thanks and baiii