Berinai, Outdoor, prewedding

Shahrill (Fuyoo Magic) & Rose Pre Wedding – Colmar Tropicale Bukit Tinggi












Shahrill aka Shahrill Fuyoo Magic. Satu nama besar dalam dunia magic di Malaysia. Cukup popular dengan rancanganya di Astro dan masih diulang tayang sampai sekarang (tiba2 pulak promote Astro haha). Kalau dulu seronok dan kagum tengok magic depan tv, sekarang dapat tengok live depan mata haha.

Pre wedding ini dibuat di Colmare Tropical Bukit Tinggi. Mereka adalah pasangan pertama yang membuat tempahan awal untuk bulan Februari pada promosi tahun 2011 yang lalu dan mendapat percuma sesi pre-wedding ini.

Tinggal beberapa slot saja lagi untuk promosi pre wedding percuma ini. Hubungi kami atau klik sini untuk details.

Untuk slideshow klik saja video di bawah. Nantikan teaser untuk Fuyoo Wedding yang berlangsung semalam. Tungguuuu.. 😀

Blog : http://www.zizeiazli.com / https://photogpicisan.wordpress.com
Facebook : http://www.facebook.com/ZizeiPhotography
Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Email : zizeiazli@gmail.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

bertandang, Outdoor

Acid & Fad – Majlis Bertandang Bangi











Outdoor untuk majlis bertandang kali ini lokasinya tidak secantik yang anda boleh lihat dalam gambar di atas. Semak samun sana sini, tak ada yang cantik pun sebenarnya kalau lihat dengan mata kasar. Pengantin sendiri pun macam berkerut je masa sampai ke sini haha. Tapi bila di tunjuk sedikit gambar mereka dalam LCD kamera barulah nampak kesegar bugarnya. Layannnnn…

Seperti yang dijanjikan sedikit buah tangan dari Singapore pada malam hari..

Susah sebenarnya nak shoot mercu tanda universal studio ni, asyik penuh je orang, samaada korang datang awal pagi, time hujan atau lewat malam macam ni, baru tiada gangguan

Song of the Sea

Promosi : Diskaun 10% untuk tempahan awal, sekiranya anda menempah untuk 3 majlis serentak (nikah + sanding + tandang). Klik facebook untuk lebih lanjut.

Blog : http://www.zizeiazli.com / https://photogpicisan.wordpress.com
Facebook : http://www.facebook.com/ZizeiPhotography
Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Email : zizeiazli@gmail.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

Nikah, Outdoor, Sanding

Kembara Chenta – Mimie & Umar
















Assalamualaikum.

Alhamdulillah selesai sudah majlis perkahwinan untuk pasangan Mimie dan Umar. Kali pertama saya jumpa pasangan ini pada hujung tahun 2009, hampir setahun dulu dan semuanya sudah berakhir dengan jayanya.

Outdoor photoshoot kali ini kami buat disebuah lokasi rahsia haha. Mimie yang bawa. Siap dengan surat kebenaran. Memang kagum dan cantik binaannya tapi agak sunyi. Di dalam bangunan keadaan agak sedikit menyeramkan. Bangunan ini telah siap 9 tahun yang lalu tapi hanya digunakan sekitar 2 tahun yang lepas. Mengikut kata makcik guard yang bertugas, perkara-perkara mistik memang dah jadi mainan mereka di sini.

So tunggu update seterusnya untuk koleksi mereka ini. Ada banyak lagi yang ingin dikongsi atau klik saja ikon facebook di atas untuk koleksi penuh, terbaru, terkini dan terhangat. Yeahhh 😀

Nota kaki : Tempahan untuk 2011 sedang rancak. Tempah sekarang sekiranya anda ingin mendapat harga pakej 2010, kerana seperti biasa masuk tahun baru akan ada harga baru. Cepat tempah untuk penjimatan, jadilah pengguna yang bijak. Anda cepat anda dapat 😀

Saya akan ke Johor Bahru dan Singapura pada hujung 2010 dan awal 2011. Sebagai tanda salam pengenalan, satu sesi “Family Potraiture” secara PERCUMA khas untuk untuk orang-orang Singapura. Hubungi saya sekiranya anda berminat atau sebarkan berita baik ini kepada rakan-rakan dan sedara-mara anda di sana. Hanya untuk yang pertama dan bertuah sahaja. Klik facebook saya diatas untuk maklumat lanjut.

Terima kasih

Blog : http://www.zizeiazli.com / https://photogpicisan.wordpress.com
Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Facebook : http://www.facebook.com/pages/Zizei-Photography/85327121358
Email : zizeiazli@gmail.com
Call/Sms : 019 – 233 9291