Berinai, bertandang, Nikah, Outdoor, Persalinan, Uncategorized

Raikan Chinta – Izad & Sue Merlimau Melaka – teaser








Assalamualaikum

Akhirnya tarikh yang ditunggu-tunggu pun tiba. Tarikh keramat 10 10 10. Ramai yang bertanya tapi hanya satu saja yang dapat dipenuhi. Tahniah kepada Sue dan Izad kerana awal-awal lagi telah merebut tarikh panaz ini 😀

Kalau di KL ketika itu meriah dengan Majlis Perkahwinan Kayangan, kami di Merlimau Melaka juga meriah dengan majlis perkahwinan di daratan, sambil menikmati kenikmatan seefood di Umbai, memang terbaekkk.

Majlis meraikan pernikahan, persandingan dan bertandang untuk pasangan Sue dan Izad. Ingat lagi Telenovela Cinta. Ala pre wedding dan slideshow yang pernah dibuat di Tugu Negara dulu, inilah orangnya.

Memang hebat pasangan ini, tak susah nak handle. Mungkin sebab pernah bersama masa Pre-Wedding dulu so nak direct pun senang. Bergegar jugaklah kamera saya tahan gelak layan dua pasangan “sama padan” ini 😀

Tunggu entri penuh, banyak yang menarik untuk dikongsi.


TungguuuUuuuUu…

Nota kaki : Join saya di Zizei Photograpphy Facebook Fanpage (tak biasa sebenarnya nak tulis fan) untuk perkongsian gambar² terbaru dan terkini. Alhamdulillah member hampir mencecah 1000 orang. Tekan je butang like tu, PERCUMA 😀

Nota kaki 2 : FREE 2011 PRE-WEDDING PROMOTION masih berlangsung dengan meriahnya. Hubungi saya untuk maklumat lanjut

Blog : http://www.zizeiazli.com / https://photogpicisan.wordpress.com
Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Facebook : http://www.facebook.com/pages/Zizei-Photography/85327121358
Email : zizeiazli@gmail.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

Nikah, Outdoor, Persalinan, Sanding

Cinta Antara Benua : Halim & Fadzlin

Pengantin : Halim & Fadzlin
Tarikh : Dis 2009
Lokasi : Shah Alam, Dewan Bankuet Dewan Bahasa & Kajang
2nd Photog : Amer



















Assalamualaikum.

Entri di atas adalah tugasan kedua terakhir untuk bulan Dis 2009. Cinta jarak jauh antara Halim dan Fadzlin. Walaupun berjauhan tapi cinta terus mekar sehingga ke jinjang pelamin. Tahniah. Bukan senang untuk memimpin cinta kerana ia melibatkan dua hati yang berbeza tapi tujuan yang sama… wahhhhh. 😀 😀

Koleksi penuh di flickr atau di facebook saya. Terima kasih dan enjoys…

Ok kali ni saya nak cerita pasal citarasa. Ada orang cakap photographer perkahwinan ada yang syok sendiri. Secara jujurnya 99% saya setuju. Kenapa.? Semuanya kerana citarasa. Sebagai manusia biasa photographer juga mempuanyai citarasanya yang tersendiri. Mereka akan buat sesuatu yang mereka rasa suka bukan dipaksa-paksa. Walaupun kita rasa sesuatu benda itu cantik, tapi kalau tak kena dengan citarasa tetap juga tak jadi.

Seni sangat subjektif. Ada orang kata sesuatu gambar itu seni ada juga yang kata sengal. Tak semua orang boleh suka sesuatu yang semua orang lain suka tapi sekurang-kurangnya kita perlu hormat hasil kerja orang lain. Jadi sekiranya anda ingin mencari photographer, cari, survey dan pilih photographer yang anda rasa paling dekat citarasanya dengan anda. Bukan pilih dan suruh mereka buat apa yang anda inginkan.

Jadi sebelum anda close deal dengan seseorang photographer itu, beleklah gambarnya sepuas-puasnya. Kalau anda rasa citarasa anda sama, teruskan untuk deal sekiranya tidak tak perlu paksa diri untuk menyukai sesuatu yang anda tak suka 😀

Nota Kaki : Ala Arsenal saja kasi can kat Man U menang semalam rasa duduk no 2 hahahaha… wekkk

Testimonial Client :

a l i n – tq zizei~ sume gambar pon cantik… suke sgt sticky album… tak saba tunggu yang custom album pulak… wee~

Happy Wedding with Zizei
Url rasmi : http://www.zizeiazli.com
Laman blog rasmi : https://photogpicisan.wordpress.com
Koleksi gambar @ Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Koleksi gambar @ Fotopages : http://caplez.fotopages.com
YM/FB : caplez@yahoo.com
Email : zizeiazli@gmail.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

Berinai, Nikah, Outdoor, Persalinan, Sanding

Nurul Izza & Dr Taufiq Khalila – Shah Alam | Wedding Photography

Pengantin : Nurul Izza & Dr Taufiq Khalila
Tarikh : 1 & 2 May 2009
Lokasi : Shah Alam
Photog : Zizei
2nd Photog : Amer

Salam kembali.

Saya tau ramai yg tertunggu entry utk pasangan ini. Saya tengok dekat Blog Stats saya ramai yg meng”google” utk pasangan Nurul Izza dan Dr Taufiq Khalila ini. Kini masanya telah tiba, saksikan.

Memang seronok bersama mereka pada cuti hari pekerja tempoh hari. Keluarga yang baik hati, sanak saudara yang ceria, kawan-kawan yang gila-gila dan pastinya pasangan pengantin yang sangat sporting – senyuman yg tidak pernah lekang dari bibir. Sememangnya ini semua membuatkan saya tidak kering idea dan terus menekan butang shutter tanpa rasa penat dan lapar.

Satu pengalaman yang luar biasa utk dikongsi bersama. Banyak moment yang berjaya dicipta selain candid yang berjaya dirakam. Jadi apa lagi jom layan koleksi mereka –

Utk aksi behind the scene klik sini

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Koleksi penuh mereka di sini -> http://www.flickr.com/photos/caplez/sets/72157619181490813/with/3596257293/ 

Happy Wedding with Zizei
Url rasmi : http://www.zizeiazli.com/
Laman blog rasmi : https://photogpicisan.wordpress.com
Koleksi gambar @ Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Email/YM : caplez@yahoo.com
Call/Sms : 019 – 233 9291