Family/Kid Potraiture, Fotokids, Pertunangan

Mira & Azizul Engagement











Pengantin : Mira & Azizul
Lokasi : Putrajaya
Tarikh : April 2010

Assalamualaikum dan jumpa lagi.

Tahniah buat Azizul dan Mira kerana selamat melangsung majlis pertunangan tempoh hari. Terima kasih banyak juga kerana layanan dan respon yang sangat baik dari keluarga dan korang berdua. Mau tak nya mana-mana saya pergi mesti ditanya “Dah makan?”. Terima kasihh banyak-banyak ada rezeki kita jumpa lagi. 🙂

Hari ni saya nak berkongsi satu kisah pasal jodoh. Ada 2 jodoh. Satu ialah jodoh diantara bakal pengantin dan satu lagi jodoh pengantin bersama photographer (kira jodoh juga tu 😀 )

Saya pernah dihubungi oleh seorang klien ketika itu bertanyakan tentang pakej fotografi untuk majlis beliau. Selepas bercerita dan berbincang panjang, rupanya-rupanya tarikh keramat beliau sebenarnya sudah diambil oleh orang lain (silap saya juga masa tu tak tanya tarikh dulu). Tiada jodoh saya bersama pengantin ini ketika itu.

Kemudian beberapa bulan selepas itu, si adik pula datang berhubung untuk bertanyakan tentang hal yang sama. Alhamdulillah kali ini berjaya. Tarikh yang diminta masih available dan segala perbincangan berjalan lancar. Tiba-tiba…. (jeng jeng jeng, saspens sikit)

Tidak lama selepas itu, hanya lebih kurang seminggu selepas itu, saya menerima panggilan yang mengatakan majlis mereka tidak dapat dilangsungkan kerana ikatan pertunangan itu terputus. Memang tragis. Saya dapat rasa apa yang si adik ini tadi rasa. Tapi itulah dinamakan jodoh. Jodoh mereka terputus dan jodoh saya bersama pasangan itu juga tiada.

Kini selepas beberapa tahun, si adik tadi datang lagi dengan semangat baru, tunang yang baru untuk satu tujuan baru. Jika tiada aral melintang, segalanya akan berjalan lancar seperti yang dirancang, Insyaallah.

Nota kaki : Sambutan untuk Promosi Potret Perkahwinan luar biasa. Tak sangka ramai peminatnya rupanya. Yelah kita mungkin biasa ambil gambar keluarga sendiri, tapi untuk sesi ini dia memang lain macam apa yang anda biasa buat. Lebih kemas dan teratur. Hubungi saya di facebook untuk keterangan lanjut.

Sedikit teaser untuk sesi Family Potraiture minggu lalu. Terima kasih.


Family Potraiture bersama Rahimi + Ain + Adam.

Happy Wedding with Zizei
Url rasmi : http://www.zizeiazli.com
Laman blog rasmi : https://photogpicisan.wordpress.com
Koleksi gambar @ Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Koleksi gambar @ Fotopages : http://caplez.fotopages.com
YM/FB : caplez@yahoo.com
Email : zizeiazli@gmail.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

Pertunangan

Mira & Azizul – Pertunangan – teaser





Pengantin : Mira & Azizul
Lokasi : Putrajaya
Tarikh : April 2010

Assalamualaikum.

Lihat aksi bakal pengantin di atas. Walaupun pada mulanya mereka ini amat pemalu tapi sebenarnya memang berbakat di depan camera. Masa awal perbincangan satu soalan di balas dengan satu jawapan. Sampai saya dah tiada modal nak berbual dengan mereka haha.. Pujian untuk Mira sebab kehebatan aksi, ekspresi dan emosinya. Azizul masih ada malu-malunya tapi takpe ada setahun untuk berlatih 😀

Tunggu entri penuh, tunggu..

Untuk mendapatkan gambar yang baik dan cantik ada beberapa yang teori yang saya guna. Benar photog memainkan peranan utama untuk tujuan itu. Peralatan dan pengalaman sememangnya benar-benar membantu ke arah itu. Saya boleh anggarkan 60% adalah datang dari seorang photographer dan 40% datang dari pengantin itu sendiri. Walaupun sekadar 40% tapi ianya adalah segala-galanya.

Ya benar makeup yang cantik, baju yang mahal atau pelamin yang gah mampu mencantikkan sesuatu gambar. Tapi bagi saya perkara yang benar-benar memberi kesan besar terhadap sesuatu gambar itu adalah disebabkan 3 unsur iaitu aksi, ekspresi dan emosi.

Maksudnya walaupun anda dimakeup dengan secantiknya, memakai baju yang mahal tadi, dan bersanding di atas pelamin yang cukup gah kalau tiada 3 unsur tadi mungkin segala-galanya sia-sia. 3 unsur itu sebenarnya datang dari pengantin itu sendiri, photog hanya mampu untuk guide dan selebihnya anda perlu merasainya sendiri tanpa perlu rasa dipaksa atau terpaksa.

Bagaimana untuk merasai 3 unsur itu ketika majlis anda, jumpa saya mungkin kita boleh berdiskas panjang 🙂

Nota Kaki : Arsenal kalah lagi semalam, kalah dengan Wigan 3 gol dalam masa 10 minit. Dalam banyak2 result ini saya rasa yang paling tak boleh terima. Wenger masih belum provekan teori dan polisi yang dibawa boleh menang cup. Harap-harap dengan result ini bagi msg dekat dia untuk beli player yang lebih baik dan pengalaman.

Happy Wedding with Zizei
Url rasmi : http://www.zizeiazli.com
Laman blog rasmi : https://photogpicisan.wordpress.com
Koleksi gambar @ Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Koleksi gambar @ Fotopages : http://caplez.fotopages.com
YM/FB : caplez@yahoo.com
Email : zizeiazli@gmail.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

Nikah, Outdoor, Pertunangan, Sanding

Teaser for June & behind the scene – Happy Wedding with Zizei Photography

Bizi gila bulan 6 ni. Baru rasa senang sikit nak bernafas. Alhamdulillah murah rezeki, terima kasih Allah.

Musim cuti sekolah untuk pertengahan tahun 2009 ini sudah berakhir. Alhamdulillah semua yang telah dirancang dan dijanjikan telah dilaksanakan. Terima kasih kepada semua pengantin dan keluarga atau sesiapa jua yang memberi kerjasama ketika saya menjalankan tugasan dihari majlis berbahagia korang. Jangan risau album korang akan siap seperti yang telah dijanjikan, InsyaAllah. Ketika ini saya sedang berjuang dan bersengkang mata untuk menyiapkan semua album dan gambar korang. So tungguuuu…

Untuk itu sedikit teaser untuk korang dengan ucapan sabar menanti ye 🙂 Semuanya terus dari kad tanpa editing lagi – segar dari ladang katanya hehe

 
 
 
 

Sedikit aksi behind the scene ketika tugasan bersama Nurul Izza & Dr Taufiq Khalila tempoh hari. Kredit utk Amer utk semua gambar2 ini di bawah 🙂

 

dan ini hasilnya ..

Happy Wedding with Zizei
Url rasmi : http://www.zizeiazli.com/
Laman blog rasmi : https://photogpicisan.wordpress.com
Koleksi gambar @ Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Email/YM : caplez@yahoo.com
Call/Sms : 019 – 233 9291