Nikah, Sanding, wedding

Dr Izni + Dr Firdaus – Kajang



For full collection, click je —> Dr Izni + Dr Firdaus full album

Blog : http://www.thehappywedding.net
Facebook : http://www.facebook.com/ZizeiPhotography
Instagram : http://www.instagram.com/zizeiazli
Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Email : zizeiazli@gmail.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

Advertisements
Sanding

Shazni & Huzeir – Wedding Reception – Ampang















Assalamualaikum.

Selepas berakhirnya majlis di Kg Delek Klang, dengan rehat yang belum cukup, keesokkannya saya terus berada di majlis resepsi Shazni dan Huzeir di Ampang ini. Kedua-dua mempelai ini ialah guru. (Kenapa panggil mempelai, mempelai tu apa sebenarnya, mempelam saya tau la. Dah selalu DJ sebut, saya pun sebut la haha) Tapi mereka bukan mengajar di sekolah yang sama, dan perkenalan mereka tiada kena mengena pun dengan sekolah atau mengajar.

Mereka jumpa di facebook. Sekarang dah jadi kebiasaan, orang akan berkahwin dengan rakan chatting, rakan sekerja dan rakan lama sekolah. Jarang dah dengar kisah cinta macam Azura jumpa jodoh tepi jalan dan kahwin, mungkin ada la tapi tak ramai kot.

Jodoh saya pun dengan kawan sekolah sekelas lama saya. Masa sekolah dulu tak hairan pun, lepas sekolah baru terjumpa dan sebok-sebok nak bercinta hahaha. Tak kisahlah mana asal usulnya, tapi itulah dia jodoh. Yakinlah sesungguh jodoh yang dikurniakan itu adalah yang terbaik untuk kita, InsyaAllah.

Buat Shazni dan Huzeir, Selamat pengantin baru dan terima kasih 🙂

Nota kaki : Pakej untuk 2012 telah dibuka. Jadi yang pertama membuat tempahan untuk setiap bulan tahun 2012, anda akan mendapat satu promosi prewedding PERCUMA. Bukan itu saja dua pasangan pengantin terawal akan mendapat satu storybook album yang diupgrade PERCUMA ke saiz 12×12. Jadi yang pertama untuk satu penjimatan dan tawaran menarik ini. Maklumat lanjut di www.facebook.com/zizeiphotography

Blog : http://www.zizeiazli.com / https://photogpicisan.wordpress.com
Facebook : http://www.facebook.com/ZizeiPhotography
Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Email : zizeiazli@gmail.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

Nikah, Outdoor, Sanding

Kembara Chenta – Mimie & Umar
















Assalamualaikum.

Alhamdulillah selesai sudah majlis perkahwinan untuk pasangan Mimie dan Umar. Kali pertama saya jumpa pasangan ini pada hujung tahun 2009, hampir setahun dulu dan semuanya sudah berakhir dengan jayanya.

Outdoor photoshoot kali ini kami buat disebuah lokasi rahsia haha. Mimie yang bawa. Siap dengan surat kebenaran. Memang kagum dan cantik binaannya tapi agak sunyi. Di dalam bangunan keadaan agak sedikit menyeramkan. Bangunan ini telah siap 9 tahun yang lalu tapi hanya digunakan sekitar 2 tahun yang lepas. Mengikut kata makcik guard yang bertugas, perkara-perkara mistik memang dah jadi mainan mereka di sini.

So tunggu update seterusnya untuk koleksi mereka ini. Ada banyak lagi yang ingin dikongsi atau klik saja ikon facebook di atas untuk koleksi penuh, terbaru, terkini dan terhangat. Yeahhh 😀

Nota kaki : Tempahan untuk 2011 sedang rancak. Tempah sekarang sekiranya anda ingin mendapat harga pakej 2010, kerana seperti biasa masuk tahun baru akan ada harga baru. Cepat tempah untuk penjimatan, jadilah pengguna yang bijak. Anda cepat anda dapat 😀

Saya akan ke Johor Bahru dan Singapura pada hujung 2010 dan awal 2011. Sebagai tanda salam pengenalan, satu sesi “Family Potraiture” secara PERCUMA khas untuk untuk orang-orang Singapura. Hubungi saya sekiranya anda berminat atau sebarkan berita baik ini kepada rakan-rakan dan sedara-mara anda di sana. Hanya untuk yang pertama dan bertuah sahaja. Klik facebook saya diatas untuk maklumat lanjut.

Terima kasih

Blog : http://www.zizeiazli.com / https://photogpicisan.wordpress.com
Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Facebook : http://www.facebook.com/pages/Zizei-Photography/85327121358
Email : zizeiazli@gmail.com
Call/Sms : 019 – 233 9291