Tips

Tips : Warna

Soalan wajib yg saya biasa tanya pada semua bakal klien saya. Warna baju apa yg mereka pilih.? Kenapa saya tanya, sebab warna banyak memainkan peranan ketika majlis dan dalam gambar/album.

Ok saya nak share sedikit kajian dan pemerhatian sendiri tentang warna, mungkin tepat mungkin tidak. Tanyala mana2 photographer, mereka sangat peka dengan warna, so kalau korang nak tau pasal kombinasi warna apa utk cat rumah, boleh tanya photographer (contohlah) 😀

Warna baju sangat penting, kerana warna ini akan berada di mana saja dalam gambar. Pilih warna yg bukan saja warna kegemaran tapi warna yang sesuai dgn kulit anda. Kalau kulit gelap jgn ambil warna gelap, dan kalau kulit cerah, jgn ambil warna yg terlalu cerah. Seimbangkan supaya ada sedikit kontra antara baju dan kulit.

Jangan pilih warna yg sangat terang(striking) kerana takut orang lebih tertarik dengan baju anda berbanding anda sendiri tapi pilihlah warna lembut(pastel) supaya kelembutan itu boleh menarik mata orang yg melihat. Tak jemu memandang katanye.

Kalau tanya saya warna apa yg bahaya untuk dipakai, saya pilih kuning dan oren. Kerana warna ini hampir sama dengan warna kulit, agak susah nak cari perbezaan. Dan warna apa yg cantik pada saya semestinya purple, kerana warna ini boleh match dengan apa saja warna background. Dan kalau korang dah takde idea, pilih je warna putih. Warna suci bersih dan selamat. Kalau tengok wedding mat salleh mesti pakai dress putih. Putih bukan saja bersih dan cantik tapi nampak mahal.

Amaran keras. Selepas anda pilih warna tema baju anda, tak perlulah nak samakan warna itu dengan benda lain seperti pelamin, bunga, cadar, langsir, air minimum mahupun eye shadow atau lipstik. Air sirap biarkan warna merah 😀 dan jgn pilih warna hijau kalau dari awal lagi korang dah planning nak outdoor kat taman.

Free to share.

Zizei Azli
Principal Zizei Photography
Blog : http://www.thehappywedding.net / http://www.zizeiazli.com
Facebook : http://www.facebook.com/ZizeiPhotography
Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Email : zizeiazli@gmail.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

Nikah, Outdoor, Sanding, Tips

Hariss & Haslina Wedding – Putrajaya

Pengantin : Hariss & Haslina
Lokasi : Majis Besi, Jambatan Putra, Pullman Putrajaya
Tarikh : Feb 2010
Assistant Photog : Faidhi













Tak tau nak tulis apa dan tak tau nak cakap macammana. Tapi saya memang suka tugasan ini. Pengantin ceria, tempat cantik dan keluarga sporting gila. Haha. Ini pertama kali saya keluar buat outdoor dengan kaum keluarga yang ramai cam gini. Adik beradik dan ipar duai semua join, cuma sayang kakak sulongnya tak dapat join sebab dalam pantang kalau tak, cukup kuota. Pelbagai karenah, aksi, emosi dan ekspresi. Memang best.

Pada Hariss dan Haslina – selamat pengantin baru dan terima kasih.

Saya makin jatuh hati dengan tema warna putih. Sedap betul warna memandang. Suci bersih. Pada mereka yang masih terpinga-pinga atau bingung warna apa yang patut dipilih, pilih saja putih. Ringkas dan mahal pada saya.

Jadi apa pun pilihan anda yakin kepada kepada diri sendiri. Pakai dan pilih apa saja yang anda rasa cantik pada hari berbahagia anda nanti. Dengan adanya internet sekarang ini segalanya mudah, teliti dan survey pilihan anda. Sebagai pengantin wannabe anda perlu rasa andalah yang paling tercantik ketika majlis anda nanti. 🙂

Gambar di atas diambil ketika saya berada di Sungai Besar pada tahun 2008 yang lalu. Ada kisah disebalik gambar itu – klik sini. Sedikit berita yang membanggakan bagi saya bila gambar ini dikomen dalam sebuah blog berbahasa Belanda. Klik sini untuk link blog tersebut yang telah saya translatekan ke Bahasa Inggeris. Bagi original link takut tak faham pula nanti :P. Komen tersebut sedikit sebanyak menjadi pendorong bagi saya untuk terus berkarya menghasilkan gambar-gambar yang lebih baik demi memartabatkan industri Jurugambar perkahwinan di Malaysia. Melayu boleh.. 😀

Jumpa lagi terima kasih kerana sudi membaca 😀

Nota lutut : Ucapan tahniah buat adik perempuan saya yang melangsungkan majlis pertunangan pada tarikh ini. Sori sangat sebab Along tak dapat bersama, sebab pengantin ni dah book lama.

Nota kaki : Arsenal akan jumpa Barcelona hujung bulan ni untuk UCL. Ulangan final 2006. Memang tak sabar nak tunggu. Pada fans Chelsea yang terkandas tu, sure korang tak akan sokong ManU kan? so sokonglah Arsenal.. hahaha

Happy Wedding with Zizei
Url rasmi : http://www.zizeiazli.com
Laman blog rasmi : https://photogpicisan.wordpress.com
Koleksi gambar @ Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Koleksi gambar @ Fotopages : http://caplez.fotopages.com
YM/FB : caplez@yahoo.com
Email : zizeiazli@gmail.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

Berinai, Nikah, Outdoor, Sanding, Tips

Maisarah & Najib – Taman Medan Kuala Lumpur

Pengantin : Maisarah & Najib

Tarikh : 28 & 29 Nov 2009

Lokasi : Taman Medan Petaling Jaya

Outdoor : Taman Jaya Petaling Jaya

Assalamualaikum.

Ok ini tugasan terakhir utk bulan Nov lepas yang sticky albumnya telah selamat dihantar ke tangan pengantin. Ingatkan lagi masa saya jumpa dengan pasangan pengantin ni, waktunya tengah malam dekat Burger King Mutirara Damansara. Mula-mula nak jumpa kat McD tapi dah tutup. Satu-satunya pengantin paling lewat yang pernah saya jumpa. Najib bekerja di Labuan so masa cutinya di Malaysia sangat terhad, jadi nak taknak kenalah jumpa tengah malam haha.

Yang pasti keluarga Maisarah ni memang sporting, siap nyanyi lagu “Potong” masa Potong Kek, memang sempoi, tengok gambar group photo kat bawah tu pun dah boleh tau. Cayalah..

Akhir kata selamat pengantin baru buat Najib dan Maisarah, semoga berkekalan selamanya.

Tips lagi : Sekiranya korang tak tau macammana nak buat map ke rumah atau majlis korang, saya cadangankan korang tiru je map dalam maps.google.com kerana sepanjang saya menjadi photog memang sudah menjadi kewajipan sebelum datang untuk sesuatu tugasan, mesti google dulu map, dan map dalam kad undangan untuk pengantin Maisarah dan Najib ini memang sama macam google map, sangat2 membantu dan menyenangkan.

Jom layan aksi-aksi mereka..













Untuk koleksi penuh klik sini

Nota kaki : 2 minggu terakhir untuk tahun 2009 ni memang sangat memenatkan. Penat untuk tugasan 3 hari bersama Halim dan Fadzlin pun belum hilang, tambah lagi dengan 3 hari lagi bertugas untuk pasangan Najib & Syikin – Najib ialah Ketua Pemuda Masjid dan Syikin gadis iras Maria Arshad haha. Nantikan teasernya tungguuuu 😀

Nota Kaki 2 : Peringatan kepada mereka-mereka yang pulang selepas mengambil album dari saya, pastikan anda berhenti tepi kalau nak tengok album, jgn toleh ketika memandu karang tak pasal bang kereta depan hehe tak gitu Najib.

Happy Wedding with Zizei

Url rasmi : http://www.zizeiazli.com/

Laman blog rasmi : https://photogpicisan.wordpress.com

Koleksi gambar @ Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets

Email/YM/FB : caplez@yahoo.com

Call/Sms : 019 – 233 9291