Uncategorized

Lisa & Ayie – Keramat

Pengantin : Lisa & Ayie
Tarikh : 12 Disember 2009
Lokasi : Keramat AU5

 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 

“Kenapa harga u mahal ye Zizei.?” Soalan ni selalu sangat saya dengar, walaupun sebenarnya saya tau yang harga saya jauh lebih rendah berbanding photographer2 lain di Malaysia. Yang penting saya caj berdasarkan apa yang mampu saya hasilkan berdasarkan peralatan dan pengalaman yang saya ada.

Peralatan dan pengalaman.? Ya inilah antara subjek penting kenapa seseorang photog itu mahal. Lagi mahal peralatan yang dia ada lagi mahallah harga seseorang itu, kenapa.? Dah tentu keselesaan dan teknologi BWM tak sama dengan Protonkan, walaupun kedua jenis kereta ini mampu bergerak dan sampai ke satu destinasi yang sama. So gadget fotografi pun bukannya murah, photographer sanggup membeli gadget yang mahal-mahal kerana mereka mahukan gambar yang terbaik diberi kepada customer.

Mungkin ramai orang ingat menjadi photographer mudah, semudah mengira 1 2 3 dan berkata cheeees. Dalam sesuatu situasi photographer perlu mengawal semuanya dengan baik. Setting – apperture, shutter, white balance, iso, komposisi, angle, cahaya, lens, dan macam-macam lagi. Itu belum masuk lagi bab komunikasi, macammana nak dapatkan mood yang baik dari pengantin, keluarga mahupun tetamu. Dapat pulak pengantin yang keras. Macammana.?

Dekat sini pula pengalaman memainkan peranan. Pengalaman inilah yang tidak ternilai harganya. Mengawal keadaan dalam pelbagai situasi. Hujan, panas, sempit, gangguan, masa dan macam-macam juga. Semua ini perlu diselesaikan dengan sekelip mata. Ye sekelip mata, kalau dua kelip jawabnya terlepaslah moment.

Banyak lagi yang boleh saya kongsi, tapi cukuplah sampai sini. Layan je gambar-gambar kat atas tu. Tugasan pada bulan yang penuh kegembiraan dan kesesakkan haha.

Koleksi penuh di sini.

Pada Lisa & Ayie selamat pengantin baru dan terima kasih. 😀

Nota kaki : Saya masih pengguna proton yang sejati 😀

Happy Wedding with Zizei
Url rasmi : http://www.zizeiazli.com/
Laman blog rasmi : https://photogpicisan.wordpress.com
Koleksi gambar @ Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Email/YM/FB : caplez@yahoo.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

Berinai, bertandang, Fotokids, Khatam, Nikah, Outdoor, Persalinan, Pertunangan, prewedding, Sanding, Teaser, Tips

Pakej Fotografi Perkahwinan | Wedding Photography Package | Jurufoto Perkahwinan Selayang Kuala Lumpur

Assalamualaikum and haiii. If you’re interested in booking us for your wedding day just give me a shout using whatapps 0192339291 and we will reply asap.

Thanks and baiii