Feeds:
Posts
Comments

Pengantin : Najib & Syikin
Tarikh : Dis 2009
Lokasi : Cheras & Klang
2nd Photog : Amer





















Asal dari kampung, assalamualaikum..

Tugasan terakhir untuk 2009. Minggu terakhir sebagai penutup tirai tahun 2009 yang penuh dengan keindahan.

Ini kali kedua saya bersama Najib dan keluarga. Pertamanya pada tahun 2007 majlis perkahwinan kakaknya Aishah & Ridza. Alhamdulillah kerana masih diberi kepercayaan. Tempahan pun di buat awal. Terima kasih..

Kalau dulu tak ramai kenal, kali ini bukan saja saudara mara, jiran tetangga pun dah kenal “awak ni dulu cameraman Aishah kan.? Ha tangkap gambar makcik, gambar makcik tu pun awak ambik ye” :D :D

Outdoor kali ni kita orang buat kat depan pagar Istana Klang Negeri Selangor, almaklumlah istana kawasan larangan kan, kat pagar pun jadi la. Tengok dari luar memanglah cantik, kalau lah dapat masuk alangkah seronoknya.

Kepada semua kaum keluarga Najib dan Syikin. Terima kasih banyak kerana layanan yang cukup baik semasa di Cheras mahupun di Klang. Terima kasih banyak yer.. :D

Banyak lagi koleksi mereka di flickr dan facebook saya.

Nota lutut : Ada ke patut Arsenal kena lawan semua big 4 berturut-turut. First round takde pulak macam ni. Tak patut, mentang2 Arsenal tengah on form sekarang ni, isk tak aci betullah… :P

Nota kaki : Vote for kecik Raja Lawak – asal dari kampung, assalamualaikum.. :D

Happy Wedding with Zizei
Url rasmi : http://www.zizeiazli.com
Laman blog rasmi : http://photogpicisan.wordpress.com
Koleksi gambar @ Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Koleksi gambar @ Fotopages : http://caplez.fotopages.com
YM/FB : caplez@yahoo.com
Email : zizeiazli@gmail.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

Pengantin : Halim &
FadzlinTarikh : Dis 2009
Lokasi : Shah Alam, Dewan Bankuet Dewan Bahasa & Kajang
2nd Photog : Amer



















Assalamualaikum.

Entri di atas adalah tugasan kedua terakhir untuk bulan Dis 2009. Cinta jarak jauh antara Halim dan Fadzlin. Walaupun berjauhan tapi cinta terus mekar sehingga ke jinjang pelamin. Tahniah. Bukan senang untuk memimpin cinta kerana ia melibatkan dua hati yang berbeza tapi tujuan yang sama… wahhhhh. :D :D

Koleksi penuh di flickr atau di facebook saya. Terima kasih dan enjoys…

Ok kali ni saya nak cerita pasal citarasa. Ada orang cakap photographer perkahwinan ada yang syok sendiri. Secara jujurnya 99% saya setuju. Kenapa.? Semuanya kerana citarasa. Sebagai manusia biasa photographer juga mempuanyai citarasanya yang tersendiri. Mereka akan buat sesuatu yang mereka rasa suka bukan dipaksa-paksa. Walaupun kita rasa sesuatu benda itu cantik, tapi kalau tak kena dengan citarasa tetap juga tak jadi.

Seni sangat subjektif. Ada orang kata sesuatu gambar itu seni ada juga yang kata sengal. Tak semua orang boleh suka sesuatu yang semua orang lain suka tapi sekurang-kurangnya kita perlu hormat hasil kerja orang lain. Jadi sekiranya anda ingin mencari photographer, cari, survey dan pilih photographer yang anda rasa paling dekat citarasanya dengan anda. Bukan pilih dan suruh mereka buat apa yang anda inginkan.

Jadi sebelum anda close deal dengan seseorang photographer itu, beleklah gambarnya sepuas-puasnya. Kalau anda rasa citarasa anda sama, teruskan untuk deal sekiranya tidak tak perlu paksa diri untuk menyukai sesuatu yang anda tak suka :D

Nota Kaki : Ala Arsenal saja kasi can kat Man U menang semalam rasa duduk no 2 hahahaha… wekkk

Happy Wedding with Zizei
Url rasmi : http://www.zizeiazli.com
Laman blog rasmi : http://photogpicisan.wordpress.com
Koleksi gambar @ Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Koleksi gambar @ Fotopages : http://caplez.fotopages.com
YM/FB : caplez@yahoo.com
Email : zizeiazli@gmail.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

Pengantin : Sue & Azani
Tarikh : Disember 2009
Lokasi : Selayang














Assalamualaikum dan jumpa lagi.

Lagi yang menariknya menjadi seorang jurugambar perkahwinan ialah ketika majlis pernikahan. Menariknya bila hampir setiap minggu saya akan dapat mendengar khutbah nikah yang berlainan. Memang bagus untuk bekalan saya sebagai seorang suami. Dalam banyak-banyak nasihat yang saya dengar satu yang sampai sekarang saya ingat ialah – “perkara kecil jangan dibesar-besarkan. Cepat-cepat selesaikan dengan baik” . Sampai sekarang saya masih ingat kata-kata itu.

Dan pasti satu perkara yang menarik ketika majlis pernikahan iaitu aksi pengantin lelaki ketika akad haha memang kelakar. Mana-mana majlis ada je insiden kelakar. Satu contoh seperti kat atas tu hehehe…

Enjoysss…

Koleksi penuh di flickr atau di facebook saya. Thankss

Nota kaki : Alhamdulillah semua album untuk tugasan bulan 12 telah siap dan sampai ke tangan pengantin. Terima kasih dan mengharapkan anda semua bergembira dari helaian pertama. Saya benar-benar berharap dapat memenuhi kepuasan hati semua orang, walaupun ianya sangat sukar, tapi saya cuba memberikan terbaik atas apa yang saya mampu. Terima kasih lagi :D Yang masih tertunggu album kedua, tak lama lagi akan sampai, tunggu ye.

Nota kaki 2 : Saya dah tukar emel. Untuk semua urusan rasmi boleh hubungi saya ke zizeiazli@gmail.com (nampakla official sikit hehehe)

Happy Wedding with Zizei
Url rasmi : http://www.zizeiazli.com
Laman blog rasmi : http://photogpicisan.wordpress.com
Koleksi gambar @ Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Koleksi gambar @ Fotopages : http://caplez.fotopages.com
YM/FB : caplez@yahoo.com
Email : zizeiazli@gmail.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

Pengantin : Fahmi & Zakiah
Lokasi : Datang Merdeka Kuala Lumpur
Tarikh : Januari 2010
Photog : Zizei

 
 
 
 
 
 
 
 
  
 

Assalamualaikum.

Entri di atas mengingatkan saya akan satu tugasan dulu (klik sini). Suatu waktu dulu yang meninggalkan kesan kepada karier sambilan saya sebagai Wedding Photographer. 

Lokasi untuk tugasan ini betul-betul di tengah-tengah Kuala Lumpur. Dah lama duduk KL tapi pertama kali shoot di Dataran Merdeka. Rasanya tak habis pusing lagi tempat ini, macam nak ulang lagi je shoot kat sini, memang best lokasinya. Pengantin pun best, ups bakal pengantin sebenarnya hehe.

Buat Fahmi dan Zakiah jumpa korang lagi nanti :D

Lagi gambar di flickr dan di facebook saya.

Nota Kaki : Ada orang bertanya kepada saya, berapa lama masa diambil untuk menyiapkan sesuatu album perkahwinan. Mengikut ISO yang telah saya tetapkan pengantin akan mendapat album seawal 30 hari selepas majlis. Hanya 30 hari diperlukan untuk pengantin memilikinya seumur hidup.

Lisa & Ayie – Keramat

Pengantin : Lisa & Ayie
Tarikh : 12 Disember 2009
Lokasi : Keramat AU5

 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 

“Kenapa harga u mahal ye Zizei.?” Soalan ni selalu sangat saya dengar, walaupun sebenarnya saya tau yang harga saya jauh lebih rendah berbanding photographer2 lain di Malaysia. Yang penting saya caj berdasarkan apa yang mampu saya hasilkan berdasarkan peralatan dan pengalaman yang saya ada.

Peralatan dan pengalaman.? Ya inilah antara subjek penting kenapa seseorang photog itu mahal. Lagi mahal peralatan yang dia ada lagi mahallah harga seseorang itu, kenapa.? Dah tentu keselesaan dan teknologi BWM tak sama dengan Protonkan, walaupun kedua jenis kereta ini mampu bergerak dan sampai ke satu destinasi yang sama. So gadget fotografi pun bukannya murah, photographer sanggup membeli gadget yang mahal-mahal kerana mereka mahukan gambar yang terbaik diberi kepada customer.

Mungkin ramai orang ingat menjadi photographer mudah, semudah mengira 1 2 3 dan berkata cheeees. Dalam sesuatu situasi photographer perlu mengawal semuanya dengan baik. Setting – apperture, shutter, white balance, iso, komposisi, angle, cahaya, lens, dan macam-macam lagi. Itu belum masuk lagi bab komunikasi, macammana nak dapatkan mood yang baik dari pengantin, keluarga mahupun tetamu. Dapat pulak pengantin yang keras. Macammana.?

Dekat sini pula pengalaman memainkan peranan. Pengalaman inilah yang tidak ternilai harganya. Mengawal keadaan dalam pelbagai situasi. Hujan, panas, sempit, gangguan, masa dan macam-macam juga. Semua ini perlu diselesaikan dengan sekelip mata. Ye sekelip mata, kalau dua kelip jawabnya terlepaslah moment.

Banyak lagi yang boleh saya kongsi, tapi cukuplah sampai sini. Layan je gambar-gambar kat atas tu. Tugasan pada bulan yang penuh kegembiraan dan kesesakkan haha.

Koleksi penuh di sini.

Pada Lisa & Ayie selamat pengantin baru dan terima kasih. :D

Nota kaki : Saya masih pengguna proton yang sejati :D

Happy Wedding with Zizei
Url rasmi : http://www.zizeiazli.com/
Laman blog rasmi : http://photogpicisan.wordpress.com
Koleksi gambar @ Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Email/YM/FB : caplez@yahoo.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum.

Pernah tak anda terfikir yang anda mungkin bercinta dan berkahwin dengan jiran sebelah rumah anda? Jiran betul-betul sebelah. Bayangkanlah, nak keluar dating tunggu depan pintu je, balik dari dating naik tangga atau lif sama-sama, takdelah risau sangat kalau setakat hantar kat bawah kan. Haha.

Itulah yang hampir terjadi untuk pasangan ini bila mereka ditakdirkan mendapat undian untuk tinggal sebelah menyebelah. Tapi kerana cinta, mereka berkorban untuk tinggal lebih jauh hehe. Kalau tak lepas kahwin agaknya dipecahkan kot dinding rumah tu macam cerita Masam-Masam Manis. :D

Ada orang cakap lelaki susah untuk senyum. Dan ada juga org cakap kalau jumpa lelaki yang senang senyum maknanya anda seorang photographer yang sangat bertuah. Ye ke? Memang saya bertuah mendapat pasangan ini. Sangat ceria dan romantis. Dari hari majlis sampailah ketika edit gambar saya tersenyum je tengok gambar-gambar mereka.

Selamat pengantin baru untuk Haslina dan Helmi. :D

Nota kaki : Bila bercakap pasal outdoor semua orang ingat taman. Taman taman dan taman. Outdoor di atas dibuat dikawasan rumah perantin je, beberapa meter dari khemah. Jadi tak perlu susah-susah nak cari taman berkilometer jauhnya hehe. Cubalah.. :D

Untuk koleksi penuh boleh tengok di sini(flickr) atau disini(facebook).

Happy Wedding with Zizei
Url rasmi : http://www.zizeiazli.com/
Laman blog rasmi : http://photogpicisan.wordpress.com
Koleksi gambar @ Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Email/YM/FB : caplez@yahoo.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

Assalamualaikum..

Tahun baru “kulit” pun dah baru. Jangan terkejut, sebab saya pun tengah membiasakan diri dengan “kulit” baru ni, kalau dulu dengan kegelapan 2010 mengharap keadaan lebih cerah terang dan bersinar haha :D

Tahun baru pakej juga baru. Lebih detail lebih menarik. Layari blog ini seadanya dan sekiranya anda berminat dengan karya2 saya boleh hubungi saya seperti signature di bawah ni. Tempah sekarang hanya untuk bulan ini untuk percuma frame dan gambar bersaiz 10R.

Untuk pakej terbaru boleh klik saja gambar di atas.

Terima kasih

Happy Wedding with Zizei
Url rasmi : http://www.zizeiazli.com/
Laman blog rasmi : http://photogpicisan.wordpress.com
Koleksi gambar @ Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Email/YM/FB : caplez@yahoo.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

Assalamualaikum.

Pengantin : Najib & Syikin
Tarikh : 25, 26 & 27 Dis 2009
Lokasi : Cheras & Klang
Assistant Photog : Amer

 
 
 
 
 
 
 
 

Nantikan entri penuh untuk pasangan ini. Ketua Pemuda Masjid dan gadis iras Maria Arshad :)

Tahun 2009 melabuhkan tirainya beberapa jam sahaja lagi. Tugasan untuk 2009 juga telah berakhir dengan jayanya. Cukup 4 minggu bertugas tanpa henti untuk setiap minggu bagi edisi hujung tahun 2009 ini. Terima kasih kepada semua yang bersama saya untuk 4 minggu penuh mencabar ini, terutama kepada pengantin dan keluarganya.

2009 adalah tahun kegembiraan bagi saya. Terlalu banyak yang manis-manis berlaku pada tahun ini, sebagai seorang “cameraman kenduri kahwin” mahupun sebagai seorang lelaki bergelar Suami dan Papa. 2009 yang hebat bagi saya, Alhamdulillah.

Sebagai “cameraman kenduri kahwin” (panggilan yang selalu saya dapat dari pakcik dan makcik setiap kali ke tugasan majlis) perkara yang paling istimewa yang benar-benar memberi kesan kepada saya bila diberi kepercayaan. Kepercayaan besar bila ramai pengantin yang menempah berbulan-bulan lamanya. Dan alhamdulillah seawal bulan Nov 2009 lagi, semua slot untuk bukan Feb dan Mac telah dipenuhi dan dua slot untuk bulan Nov telah ditempah. Terima kasih banyak. InsyaAllah saya cuba membalas semua kepercayaan yang telah diberikan.

Sebagai seorang photographer sambilan, kalau dulu target saya dalam sebulan sekadar memerlukan satu atau dua tugasan sahaja, kini setelah hampir 4 tahun dalam industri ini saya akur dengan ketentuan yang saya perlukan rehat untuk satu slot setiap bulan. Penting bagi saya sebab bila badan dah terlalu penat, konsentrasi mudah hilang.

Perkahwinan penuh dengan kegembiraan. Cabaran meng”Happy Wedding” sesuatu majlis itu sebenarnya sukar. Tapi ketahuilah kesukaran itulah benar-benar menyeronokkan saya. Setiap minggu saya akan jumpa macam-macam ragam pengantin dan keluarga. Dalam beberapa jam itulah saya cuba mengenali dan mengkaji pelbagai karekter mereka untuk mendapatkan suasana gembira tersebut.

Cita-cita saya hanya satu. Bergembira ketika hari majlis dan yang paling penting bergembira ketika mendapat dan membuka helaian pertama album. Sukar menjanjikan yang tercantik, tapi saya sebaik mungkin dan berusaha berungguh-sungguh menjanjikan yang terbaik. Sejujurnya terlalu banyak persamaan untuk setiap tugasan. Dari persamaan itu hanya mungkin 20% kelainan yang membezakan antara setiap tugasan dengan tugasan yang lain. Jadi tugas saya untuk memerah idea dan tugas anda (pengantin) untuk memberi sepenuh komitmen. Kalau anda cerewet ketahuilan saya 3 kali ganda lebih cerewet dari anda.

Kesempatan disini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Isteri tercinta yang sangat memahami minat dan tanggungjawab saya sebagai seorang Suami dan Bapa. Kadangkala sedih bila terpaksa meninggalkan isteri dan anak setiap hujung minggu. Terima kasih ayang, sayang awak selalu.

2009 memang mengembirakan saya sebagai seorang Papa. Seronok bila tengok anak yang dulunya kecil kini semakin membesar. Kini saya dah boleh berborak dengan Aina. Saya masih ingat satu ketika masa nak pergi kerja untuk tugasan, ketika itu Aina memegang saya dan berkata “elok-elok ye”. Bayangkan budak 2 tahun berkata begitu apa anda rasa..??

Akhir sekali, terima kasih buat semua pengantin yang pernah bersama saya. Saya mendoakan kebahagiannya anda selamanya. Seronok bila dengar ramai kalangan pengantin saya dulu kini sudah berkeluarga. Tahniah. Terima kasih kerana memberi ruang kepercayaan kepada saya. Pohon maaf sekiranya terdapat apa saja yang kekurangan atau terlebih ketika saya bersama ketika majlis anda dulu. Terima kasih juga buat kawan-kawan yang mengenali jauh dan dekat – korang semua inspirasi sanubariku.

Jangan lupa jumpa saya di Facebook. Tak kenal maka tak cinta, kenal dan cintailah gambar-gambar saya, kerana itu saja yang saya dambakan hahaha.

Oh ye hari ni 31/12 adalah hari ulangtahun pernikahan saya. Dan esok 1 Jan genap 4 tahun saya saya bergelar suami. Doakan kebahagian perkahwinan kami ye. Ya saya dah kahwin. Tiada lagi kekosongan haha.

Salam tahun baru dari Zizei Photography dan terima kasih kerana membaca :)

Happy Wedding with Zizei
Url rasmi : http://www.zizeiazli.com/
Laman blog rasmi : http://photogpicisan.wordpress.com
Koleksi gambar @ Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Email/YM/FB : caplez@yahoo.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

Pengantin : Maisarah & Najib

Tarikh : 28 & 29 Nov 2009

Lokasi : Taman Medan Petaling Jaya

Outdoor : Taman Jaya Petaling Jaya

Assalamualaikum.

Ok ini tugasan terakhir utk bulan Nov lepas yang sticky albumnya telah selamat dihantar ke tangan pengantin. Ingatkan lagi masa saya jumpa dengan pasangan pengantin ni, waktunya tengah malam dekat Burger King Mutirara Damansara. Mula-mula nak jumpa kat McD tapi dah tutup. Satu-satunya pengantin paling lewat yang pernah saya jumpa. Najib bekerja di Labuan so masa cutinya di Malaysia sangat terhad, jadi nak taknak kenalah jumpa tengah malam haha.

Yang pasti keluarga Maisarah ni memang sporting, siap nyanyi lagu “Potong” masa Potong Kek, memang sempoi, tengok gambar group photo kat bawah tu pun dah boleh tau. Cayalah..

Akhir kata selamat pengantin baru buat Najib dan Maisarah, semoga berkekalan selamanya.

Tips lagi : Sekiranya korang tak tau macammana nak buat map ke rumah atau majlis korang, saya cadangankan korang tiru je map dalam maps.google.com kerana sepanjang saya menjadi photog memang sudah menjadi kewajipan sebelum datang untuk sesuatu tugasan, mesti google dulu map, dan map dalam kad undangan untuk pengantin Maisarah dan Najib ini memang sama macam google map, sangat2 membantu dan menyenangkan.

Jom layan aksi-aksi mereka..













Untuk koleksi penuh klik sini

Nota kaki : 2 minggu terakhir untuk tahun 2009 ni memang sangat memenatkan. Penat untuk tugasan 3 hari bersama Halim dan Fadzlin pun belum hilang, tambah lagi dengan 3 hari lagi bertugas untuk pasangan Najib & Syikin – Najib ialah Ketua Pemuda Masjid dan Syikin gadis iras Maria Arshad haha. Nantikan teasernya tungguuuu :D

Nota Kaki 2 : Peringatan kepada mereka-mereka yang pulang selepas mengambil album dari saya, pastikan anda berhenti tepi kalau nak tengok album, jgn toleh ketika memandu karang tak pasal bang kereta depan hehe tak gitu Najib.

Happy Wedding with Zizei

Url rasmi : http://www.zizeiazli.com/

Laman blog rasmi : http://photogpicisan.wordpress.com

Koleksi gambar @ Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets

Email/YM/FB : caplez@yahoo.com

Call/Sms : 019 – 233 9291

Pengantin : Halim & FadzlinTarikh : 17, 19 & 20 Dis 2009
Lokasi : Shah Alam, Dewan Bankuet Dewan Bahasa & Kajang
2nd Photog : Amer
Assalamualaikum..

Teaser berikutnya tugasan kedua terakhir untuk musim hujung tahun 2009 ini. Tinggal satu lagi sahaja tugasan sebelum masuk musim baru 2010. Tahun baru harga baru. Jadi tinggal beberapa hari saja lagi sebelum harga lama akan dihapuskan. Cepat kepada mereka yang masih berkira2, hubungi saya cepat sebelum ketinggalan bas hehe.

Kalau sebelum ni pengantin saya yang berjauhan setakat Malaysia Sabah dan Malaysia Labuan tapi untuk kali ini yang paling jauh – Malaysia Korea. Memang jauh. Respekla dgn mereka ni walau jauh di mata pasti dekat di laptop hehe.

Jom kita layan keletah mereka berdua ni..







Tunggu entry penuh ye, atau klik sini utk terkini..

Happy Wedding with Zizei
Url rasmi : http://www.zizeiazli.com/
Laman blog rasmi : http://photogpicisan.wordpress.com
Koleksi gambar @ Flickr: http://flickr.com/photos/caplez/sets
Email/YM/FB : caplez@yahoo.com
Call/Sms : 019 – 233 9291

Older Posts »